Cyberpunk 2077, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?
Share

Pasti ramai mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di sebalik tabir pembangunan Cyberpunk 2077 yang menyebabkan kecaman teruk pada permainan video ini.
Menurut laporan VG247, CD Projekt Red telah mengadakan pertemuan kecemasan bersama para pelabur bagi menjelaskan punca yang menyebabkan kecaman pemilik Cyberpunk 2077 versi PS4 dan Xbox One.
Wakil CDPR, Michal Nowakowski menyatakan bahawa mereka terlalu menumpukan kepada prestasi PC dan konsol generasi akan datang berbanding konsol generasi yang lama.
— Cyberpunk 2077 (@CyberpunkGame) December 14, 2020
“Kami sememangnya tidak meluangkan masa secukupnya untuk melihat perkara itu,” ujar Nowakowski. Tekanan untuk mengejar tarikh pelancaran bukanlah punca isu ini berlaku.
Dalam kenyataan permohonan maaf terbuka kelmarin, CDPR berjanji mereka akan terus memperbaiki dan menambahbaik permainan video ini di kedua-dua konsol yang berlaku isu ini. Kemaskini kecil akan dikeluarkan terlebih dulu pada minggu hadapan, manakala kemaskini yang lebih besar akan dilancarkan pada Januari dan Februari.