Selangor Hasilkan CEPat, Aplikasi Untuk Semua Pembayaran - Apps );

Type to search

Apps E-Com

Selangor Hasilkan CEPat, Aplikasi Untuk Semua Pembayaran

Avatar
Share

Kerajaan Selangor melalui Smart Selangor Innovations Sdn Bhd membina Citizen E-Payment Platform (CEPat) iaitu gerbang buat semua perkhidmatan berbayar kerajaan di pelbagai peringkat.

Platform atas talian yang diwujudkan menerusi aplikasi mobil dan dalam talian bermula pada Ogos tahun lalu ini berasaskan keperluan rakyat dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi kerajaan negeri, institusi kewangan dan penyedia e-dompet.

CEPat

Perkhidmatan pembayaran atas talian itu melibatkan permohonan lesen, kompaun dan cukai taksiran di lapan PBT di Selangor dan platform ini dibangunkan agar ia dapat mengumpulkan semua perkhidmatan berbayar kerajaan negeri dan agensi berkaitan termasuk semua 46 e-dompet dalam pasaran.

Aplikasi CEPat ini dan ia boleh dimuat turun menerusi Playstore dan AppStore.

Sumber
Tags:
Avatar
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!