Aplikasi My Astro Kini Tampil Dengan Ciri Baru Yang Lebih Pintar );

Type to search

Apps E-Com

Aplikasi My Astro Kini Tampil Dengan Ciri Baru Yang Lebih Pintar

Share
ciri

Astro memperkenalkan sebuah aplikasi My Astro yang telah diperbaharui dan direka semula sepenuhnya dengan penampilan baru yang lebih segar dan ciri terkini untuk pelanggannya.

Merupakan sebuah aplikasi  telefon mudah alih percuma, ianya mudah untuk digunakan  dan  membantu pelanggan Astro dalam menguruskan akaun Astro mereka.

Pelanggan kini boleh memuat turun aplikasi My Astro di iOS, Android  dan  Huawei  bermula  hari ini dan menikmati pelbagai fungsi baru dan pengalaman pengguna yang dipertingkatkan. Antara ciri-ciri aplikasi terbaru My Astro adalah seperti berikut.

ciri

  • Bayar Bil Astro – Kini anda boleh membayar bil anda dengan lebih cepat dan mudah.
  • Pengurusan Akaun – Lihat baki tertunggak & penyata bil, kemas kini butiran kenalan anda dan banyak lagi.
  • Langgani Astro Best dan Astro First – Dengan hanya satu butang klik,  anda boleh menyewa rancangan Astro Best dan Astro First dengan mudah.
  • Dapatkan Sokongan Ejen – Dapatkan maklumat semasa melalui perkhidmatan pelanggan kami melalui whatsApp.
  • Mengikuti Rancangan terkini – Pastikan anda dikemas kini dengan produk dan tawaran kandungan terkini Astro.
  • Ganjaran Eksklusif – Layari pilihan tawaran ganjaran terbaik dan baucar diskaun eksklusif untuk anda!

Buat pelanggan Astro di luar sana, apa lagi tunggu? Jom muat turun aplikasi terbaru ini segera kerana pelbagai kemudahan dan ciri menarik yang menanti anda.

Muat turun versi terkini aplikasi My Astro di Google Play,  Apple iOS App Store dan  Huawei App Gallery.

 

Baca: Spotify Premium Tawar Harga RM1 Bagi Pelan Harian

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!