Aplikasi Tiktok Mengalami Gangguan Tiada Paparan Gambar Profil );

Type to search

Apps E-Com

Aplikasi Tiktok Mengalami Gangguan Tiada Paparan Gambar Profil

Farhana Syahirah
Share

Tular dari semalam apabila kebanyakan pengguna aplikasi Tiktok membuat aduan dan keluhan apabila tidak dapat melihat gambar profil serta video. TikTok telah digunakan secara meluas oleh banyak orang, dan dilaporkan mengalami gangguan.

Beberapa pengguna menggunakan Twitter untuk mendedahkan bahawa mereka telah kehilangan gambar profil mereka atau tidak dapat mengubahnya. Ramai yang mengakui bahawa mereka telah mengalami ini selama beberapa jam.

Walau bagaimana pun, pihak dari aplikasi tersebut masih belum membuat apa-apa kenyataan bagi gangguan tersebut dan membuatkan ramai tertanya-tanya mengapa ia terjadi.

Tetapi ciapan dari saber, mendedahkan punca masalah gangguan tersebut adalah disebabkan isu tentang seorang gadis tiktok yang memaparkan gambar profil yang tidak senonoh menyebabkan kesemua profil gambar tidak dapat dilihat.

Jadi, menerusi sumber ciapan ini, diharapkan semua pengguna Tiktok untuk bersabar dan biarkan bots aplikasi tersebut meneruskan kerja-kerja mereka dalam membersihkan perkara-perkara tersebut.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!