Apple Bina Kampus Bernilai 1 Billion di North Carolina );

Type to search

Apple Rancang Bina Kampus Bernilai 1 Billion di North Carolina

E-Com ecommerce Tech

Apple Rancang Bina Kampus Bernilai 1 Billion di North Carolina

Share
Apple

Syarikat gergasi teknologi dunia Apple mengumumkan rancangan untuk membuka sebuah kampus di kawasan Raleigh, North Carolina.

Apple akan membelanjakan wang berjumlah $1 bilion dan membuka peluang pekerjaan sebanyak 3000 orang dalam perusahaan teknologi seperti kejuruteraan perisian dan pembelajaran mesin.

Difahamkan pekerja akan menerima gaji tahunan sekitar $ 185,000 dan rata-rata penduduk setempat merasa gembira dengan peluang pekerjaan yang bakal diterima.

“Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa”. Itu la peribahasa yang sesuai digambarkan buat penduduk kawasan Raleigh, North Carolina.

Pemerintah republik demokratik Roy Cooper berkata pengumuman ini merupakan berita yang gembira kerana ia secara tidak langsung mendorong syarikat lain untuk berpindah ke North Carolina dan menaikkan lagi sektor perniagaan tempatan di daerah Raleigh.

“Setelah kampus ini dibuka dan mula beroperasi, ia akan menjana lebih daripada $ 1.5 bilion setahun dan memberi kesan kepada ekonomi negeri kami,” kata Cooper.

Apple

Selain daripada itu, Apple juga sedang merancang untuk menubuhkan dana khas sebanyak $ 100 juta sebagai bantuan persekolahan di Raleigh, Durham dan $ 110 juta pula akan disalurkan untuk perbelanjaan infrastruktur di North Carolina.

Memang macam-macam kelebihan yang bakal diterima oleh penduduk di sana.

Cuma satu je yang buat penulis tertanya-tanya, orang di sana memang diwajibkan untuk pakai telefon jenama Apple ke? Android user jangan triggered ye.

Sumber: cnbc.com

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!