);

Type to search

E-Com Tech

Astro Bercadang Menambah Lebih Servis Penstriman Kepada Pelanggan

Share

Astro Malaysia Holdings Bhd merancang untuk memperkenalkan lebih banyak perkhidmatan penstriman di bawah jenama mereka. Buat masa ini, astro menawarkan tiga platform iaitu Astro Go, HBO Go, dan iQIYI.

Melalui laman sesawang, kenyataan mengenai keputusan itu dinyatakan setelah mesyuarat agung tahunan kumpulan diadakan. Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Henry Tan mengatakan bahawa Astro akan mengumpulkan lebih banyak perkhidmatan penstriman untuk menjadi penyedia kandungan digital pilihan rakyat Malaysia.

Namun, syarikat tidak mendedahkan platform lain yang sedang dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam senarai semasa.

Astro tetap menjadi salah satu pilihan penyedia yang paling disukai di Malaysia, terutamanya dalam perkhidmatan TV berasaskan langganan. Tetapi peningkatan platform streaming video adalah perlu agar dapat bersaing dengan penyedia lain seperti Netflix.

Sumber: The Edge
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!