ASUS ROG 2, 'Killer Gaming Mobile Device' Kini Dilancarkan Di Malaysia Verst );

Type to search

E-Com Gajet Pilihan Editor

ASUS ROG 2, ‘Killer Gaming Mobile Device’ Kini Dilancarkan Di Malaysia

Share

ASUS hari ini secara rasmi melancarkan peranti terbaru ROG Phone II di Malaysia.

Seperti diketahui, ROG Phone II disasarkan kepada ‘player-player’ permainan video di luar sana yang bakal menjadi ‘Killer’ bagi telefon pintar permainan video diluar sana.

Didatangkan dengan Full HD + AMOLED bersaiz 6.59 inci dengan kadar penyegaran 120Hz.

Dengan penambahbaikan menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 855 Plus dan didatangkan bersama 12GB RAM.

Telefon yang dikhaskan untuk permainan video ‘mobile’ ini dilengkapi sistem dwi-kamera 48MP dengan kepakaran Sony IMX586 dan sensor 13MP serta kamera swafoto 24MP.

Untuk melengkapkan spesifikasi utama telefon, ASUS memberi kepuasan bermain untuk tempoh lebih lama dengan bateri 6000mAh.

Spesifikasi tambahan pengecas 30W HyperCharge, Case Aero dan AeroActive Cooler II menjadi aksesori standard bagi ROG Phone II di Malaysia.

Model kali ini didatangkan dengan dua varian iaitu model berkapasiti 512GB pada harga RM3,499 dan model 1Tb pada harga RM4,499.

Buat masa ini hanya varian 12GB Ram + 512GB yang boleh diperolehi dan model 1Tb akan berada di pasaran November ini.

Video Kredit : Argus World

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!