);

Type to search

E-Com Pilihan E-Com Review

Bagaimana Untuk Tebus Kredit RM30 EWallet Bagi Program E-Tunai Rakyat

Share

Seperti yang kita semua tahu, melalui pengumuman oleh kerajaan, semua rakyat Malaysia yang layak akan menerima RM30 melalui eWallet. Inisiatif yang dipanggil E-Tunai Rakyat akan bermula pada awal tahun 2020.

Kami kongsikan serba sedikit cara tebus guna kredit RM30 eWallet yang akan diterima nanti.

EWallets yang menyokong program E-Tunai Rakyat

Pada masa ini, 3 ewallet iaitu Touch ‘n Go , Boost and Grab dinyatakan sebagai platform yang akan menyokong program ini. Untuk menerima kredit RM30, anda mesti mempunyai akaun eWallet dengan pembekal yang disokong dan akaun tersebut mesti disahkan dengan nombor IC anda.

Siapa yang layak?

Inisiatif E-Tunai Rakyat diberikan kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas dengan pendapatan kurang daripada RM100,000 setahun.

Bilakah anda boleh menebus RM30?

Inisiatif ini akan dijalankan dari 15 Januari 2020 hingga 14 Mac 2020. Setiap penyedia eWallet masing-masing mempunyai kaedah tersendiri untuk menuntut RM30 dan anda hanya boleh menebusnya bermula 15 Januari tahun depan.

Tempoh akhir guna bagi e-tunai rakyat.

Inisiatif rangsangan digital RM30 berjalan untuk tempoh dua bulan. Jika anda telah menerima RM30, anda mesti menggunakannya dalam tempoh program kerana ia mempunyai tarikh luput.

Menurut FAQ Touch ‘n Go, dimana dinyatakan bahawa insentif eTunai Rakyat hanya boleh digunakan sehingga 14 Mac 2020. Mana-mana baki eTunai Rakyat yang tinggal selepas 14 Mac 2020 akan tidak dapat digunakan lagi.

Menurut Grab pula, kredit RM30 mempunyai tarikh luput dan ia mesti digunapakai pada tarikh akhir 15 Mac 2020. Selepas tamat tempoh, baki akan dipindah keluar dari Wallet GrabPay anda.

Inisiatif oleh kerajaan ini bertujuan untuk mempromosikan penggunaan eWallets di kalangan rakyat Malaysia dan anda boleh menggunakannya untuk sebarang produk dan perkhidmatan melalui aplikasi eWallet.

Insentif RM30 ini tidak boleh dipindah milik dan ia hanya boleh digunakan pada eWallet yang sama. Rakyat Malaysia yang layak hanya boleh menebus RM30 sekali tanpa mengira berapa banyak eWallet yang anda ada.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!