Bajet 2020: Rakyat Malaysia Berumur 18 Tahun ke Atas Menerima RM30 Ke Dalam eWallet Verst );

Type to search

E-Com Apps

Bajet 2020: Rakyat Malaysia Berumur 18 Tahun ke Atas Menerima RM30 Ke Dalam eWallet

Share

Semasa pengumuman Belanjawan 2020 hari ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mengumumkan rangsangan digital untuk mempromosikan penggunaan eWallet di Malaysia.

Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima bayaran untuk sekali sebanyak RM30 melalui sistem eWallet mereka.

Untuk menebus RM30 ini, anda perlu mempunyai akaun eWallet yang disahkan daripada pembekal terpilih.

Bayaran satu kali ini boleh ditebus dan digunakan untuk tempoh dua bulan mulai 1 Januari hingga 29 Februari 2020.

Kerajaan berharap insentif ini akan mempercepat transformasi terhadap pembayaran digital dalam masyarakat serta penerimaan sistem oleh perniagaan kecil.

Kerajaan memperuntukkan RM450 juta kepada Khazanah Nasional untuk melaksanakan insentif ini yang memberi manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia.

Manfaat ini hanya terhad kepada rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan tahunan kurang daripada RM100,000.
Tidak dapat dipastikan pemberian ini akan melalui sistem eWallet dari pengeluar mana.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!