Kejohanan Mobile Legends 2021: Bang Bang Malaysia (MMC) Bakal Disiarkan Secara Langsung Di Bigo Live );

Type to search

Apps E-Com Gaming

Kejohanan Mobile Legends 2021: Bang Bang Malaysia (MMC) Bakal Disiarkan Secara Langsung Di Bigo Live

Share

Bigo Live, peneraju global kandungan penstriman secara langsung, bakal membawa penonton merasai pengalaman permainan terkini dengan pelancaran  Bigo Live Gaming.

Menurut pakar daripada  Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia  (MIDA), industri gaming telah menyumbang lebih daripada RM400 juta hasil pendapatan negara.

Kadar pertumbuhan tahunan negara (CAGR 2018-2023) meningkat sebanyak 10.9 peratus dan dijangka akan menghasilkan jumlah pasaran sebanyak RM700 juta menjelang 2023.

Sebelum ledakan sukan e-sport, satu-satunya sumber pendapatan adalah melalui penajaan dan kejohanan yang dimenangi namun sejak kebelakangan ini, livestreaming telah membuktikan bahawa ianya merupakan pilihan yang baik buat para pemain.

bang

Susulan itu, Bigo Live telah bekerjasama dengan  Mobile Legends: Bang  Bang Malaysia Championship (MMC)  untuk menjadi rakan siaran langsung rasmi kejohanan tersebut pada tahun ini.

Bigo Live menawarkan penstriman permainan yang mencapai sasaran bulanan tambahan berdasarkan faktor-faktor seperti kandungan, pengikut, dan tempoh penyiaran.

Kejohanan MMC yang sedang berlangsung kini berada di peringkat Kelayakan Seluruh Negara dengan perlawanan akhir yang akan berlangsung pada Oktober 2021.

bang

Kejohanan ini menampilkan lebih daripada 800 pasukan amatur yang bertanding untuk merebut hadiah wang tunai RM 30,000 berserta 252,000 berlian Bigo Live yang boleh digunakan di platform berkenaan.

Untuk mengakses Bigo Live Gaming, Bigo Live telah melancarkan ciri tab yang dipanggil ‘Permainan’ pada aplikasi itu di mana pengguna dan tuan rumah boleh mempunyai akses ke  pelbagai  permainan yang menghiburkan.

Tonton dan sertai MMC dengan memuat turun aplikasi Bigo Live di sini dan untuk mengetahui maklumat lanjut Bigo Live Malaysia, ikuti Facebook mereka di sini.

 

Baca: Rasmi Font Twitter Berwajah Baru

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!