Bantal Digunakan Air New Zealand Menggunakan Teknologi NASA - Verst E-Com

Type to search

E-Com Pilihan Editor Tech

Bantal Digunakan Air New Zealand Menggunakan Teknologi NASA

Share

Air New Zealand telah memperkenalkan bantal baru yang menggunakan teknologi asal yang dibangunkan untuk angkasawan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti tidur bagi penumpang mereka.

Syarikat penerbangan New Zealand mengatakan bahawa bantal berkenaan adalah produk yang dapat mengawal suhu dengan disalut fabrik yang dibangunkan Outlast Technologies dimana pada mulanya ia dihasilkan untuk digunakan dalam sarung tangan angkasawan bagi melindungi dari perubahan suhu yang melampau.

Bantal baru ini mampu menyerap haba apabila kulit menjadi panas, dan apabila kulit dalam keadaan sejuk, ia akan melepaskan haba panas bagi memberi keselesaan.

Syarikat penerbangan itu mengatakan ia juga tahan alergik.

Bantal ini telah diperkenalkan dalam laluan penerbangan ke Chicago, ia adalah penerbangan terpanjang dalam rangkaian New Zealand Air, dan tersedia untuk penumpang menggunakan kelas Perniagaan Premier dalam laluan ini.

“Kami tahu tidur yang berkualiti adalah penting bagi penumpang kami, terutama mereka yang duduk dalam kelas Perniagaan Premier pada laluan jarak jauh kami.

Bantal ini membolehkan para penumpang meletakkannya di sisi bagi mengawal suhu, penumpang dapat mengawal keselesaan mereka sepanjang perjalanan, “kata Niki Chave, pengurus kanan bahagian pelanggan New Zealand Air.

Bantal itu dibina oleh syarikat Alaskan Paradies Jerman, yang “menghasilkan tempat tidur menggunakan proses CO2-neutral”.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!