Berhati-Hati Ketika Membeli 3 Jenis Barangan Ini Secara Online );

Type to search

E-Com ecommerce

Berhati-Hati Ketika Membeli 3 Jenis Barangan Ini Secara Online

Share

Sekarang ramai yang sudah mula membeli barangan secara atas talian kerana ianya mudah dan tidak perlu membazir masa untuk keluar terutama di musim pandemik ini. Tetapi mereka kurang berhati-hati dan akhirnya ditipu penjual.

Penulis akan senaraikan tiga jenis barang yang sewajarnya anda berhati-hati ketika beli secara online di mana-mana platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada.

1. Kosmetik/Skincare

Sekarang ramai yang sudah memulakan perniagaan secara online dan antara barang yang menjadi perhatian ialah kosmetik dan skincare. Produk ini sering menjadi tarikan utama bagi para wanita dan juga lelaki.

Berhati-hati

Barangan Kosmetik

Kenapa penulis cakap anda perlu berhati-hati ialah kerana ianya barangan yang akan memberi kesan terhadap anggota badan kita. Malah banyak kes sudah tersebar mengenai pembeli yang terpedaya dan mendapat barangan tiruan sehingga kulit dan muka mereka rosak.

Skincare

Penjual akan memberi produk yang lebih kurang sama tetapi mengandungi bahan bahaya untuk pembeli. Jadi sebolehnya anda membeli produk tersebut di mana-mana drugstore yang berdekatan seperti Watson, Guardion atau AEON Wellness.

Barangan dan produk di situ lebih terjamin keselamatan dan keberksananya. malah anda juga boleh menila sendiri barangan di situ adakah ianya elok untuk kulit anda.

2. Ubat-Ubatan/Supplement

Penjualan ubat-ubatan secara atas talian merupakan satu etika yang tidak elok melainkan ianya dari sumber yang sah dan diakui oleh pakar perubatan. Hal ini kerana ubat tersebut dikhuatiri tidak mendapat preskripsi dari doktor dengan tepat.

Ubat-ubatan

Salah makan boleh memudaratkan kesihatan serta nyawa anda. Penulis risau bahawa ubat tersebut mengandungi bahan berbahaya untuk tubuh badan anda semua. Sama juga seperti supplement kerana kita tidak tahu adakah supplement yang mereka jual itu sudah tarikh luput atau belum.

Adakah ianya selamat untuk dimakan dan sesuai atau tidak dengan daya ketahanan badan kita. Jadi belilah ubat dan supplement di farmasi berdekatan malah Watson dan Guardian juga ada menjualnya.

3. Gajet Elektronik

Ramai pembeli yang inginkan gajet elektronik dengan harga yang murah sehingga ada yang penjual yang menjualnya dengan harga yang tidak masuk akal serta tidak selari dengan gajet yang dijualnya.

Tidak kisahlah telefon pintar, powerbank, kamera, PlayStation atau apa jenis alatan elektronik sekalipun, anda perlu berhati-hati. Malah ramai juga tertipu dan apa yang mereka dapat ialah barangan tiruan dan ada juga yang tidak berfungsi langsung.

Telefon pintar                                

Biarlah gajet yang anda beli itu sedikit mahal tetapi ianya boleh berfungsi dan sesuai digunakan dengan keadaan sekarang ini.

Penulis berharap agar semua pembeli bijak untuk membeli barangan secara atas talian, pastikan sumber yang anda beli itu sahih dan mendapat respon positif dari para pembeli yang lain.

Baca juga: Nombor WhatsApp anda kini boleh dicari melalui carian Google.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!