Blackberry Kembali Dengan Qwerty Dan 5G Tahun Hadapan
Share

Ketika BlackBerry dan TCL mengumumkan penamatan kerjasama pada 31 Ogos 2020, ramai beranggapan ia adalah jalan keluar jenama BlackBerry dalam industri telefon.
Tetapi, sebuah syarikat Amerika Syarikat – OnwardMobility telah memilih untuk mengambil alih tugasan dari TCL.
OnwardMobility telah mengumumkan penerimaan hak dari BlackBerry untuk merancang, mengembangkan dan mengeluarkan peranti BlackBerry baru. OnwardMobility mensasarkan untuk mengeluarkan model pertama pada suku pertama tahun 2021.

Tidak banyak maklumat yang dinyatakan mengenai telefon baru dalam pengumuman hari ini. Namun, OnwardMobility mengatakan bahawa telefon BlackBerry baru akan dilengkapi dengan papan kekunci fizikal dan menyokong rangkaian 5G.
Telefon pintar BlackBerry terakhir yang dilancarkan secara rasmi di Malaysia adalah model KEY2 pada tahun 2018. Ia adalah telefon Android dengan papan kekunci QWERTY.
Dengan dunia hari ini yang lebih fokus pada telefon pintar skrin sentuh, sejauh mana Blackberry dapat bersaing masih sukar diramal.