Boost Kenalkan Kaedah Pembelian Perlindungan Insurans Secara Digital );

Type to search

Apps E-Com

Boost Kenalkan Kaedah Pembelian Perlindungan Insurans Secara Digital

Share

E-dompet tempatan, Boost, memperkenalkan kaedah tanpa tunai baru yang inovatif untuk rakyat Malaysia membayar perlindungan insurans.

Penyedia platform pembayaran itu memperluas penawaran insurans mikro dengan merangkumkan insurans am dan hayat dalam kempen ‘Stay at Home’ #BoostGotYou yang dilancarkan bulan lepas.

Ia bertujuan mudahkan kehidupan pengguna yang kini menghadapi gelombang terbaru pandemik COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Dua pelan insurans mikro baharu yang eksklusif untuk pengguna Boost itu adalah ‘GeneralProtect’ dan ‘LifeProtect’ yang masing-masing ditaja jamin oleh Great Eastern General Insurance (Malaysia) Bhd dan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Bhd.

Menurut Boost, kedua-dua pelan itu didatangkan dengan pakej ‘Basic’ dan ‘Advanced.

Boost mengetengahkan ciri unik bagi dua pelan insurans mikro baharu itu, dengan buat kali pertama dan dalam tempoh terhad sahaja, pengguna boleh membelinya dengan menukar duit Boost bagi serendah 450 duit Boost hingga 31 Dis, 2020.

Antara iklan yang dipaparkan di Facebook Page Aplikasi Boost

 

“Sebagai manfaat nilai tambah, kedua-dua pelan ini disertakan sekali dengan COVID-19 Assist, program bantuan kewangan tambahan sekiranya pengguna dijangkiti COVID-19.

“Setelah didiagnosis, pengguna akan menerima bantuan tunai hospital harian RM200 sehingga 60 hari dan bantuan kewangan RM20,000 sekiranya berlaku kematian disebabkan COVID-19,” menurutnya.

‘GeneralProtect’ adalah polisi bulanan yang menyediakan perlindungan kemalangan peribadi seluruh dunia 24 jam manakala pakej ‘Advanced’ juga terdapat pampasan sehingga RM200 bagi kehilangan kesan peribadi akibat ragut.

‘LifeProtect’ pula merupakan polisi jangka satu tahun dan manfaatnya termasuk pampasan sehingga RM100,000 untuk penyakit kritikal yang dilindungi dan kematian akibat kemalangan, serta sehingga RM200,000 untuk kematian akibat kemalangan semasa melakukan perjalanan dengan kenderaan persendirian.

Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Mohd Khairil Abdullah, berkata penyediaan perlindungan insurans mikro hanya permulaan bagi rancangan perkhidmatan kewangan digital melalui platform e-dompet Boost.

‘‘Kami mempunyai rancangan yang lebih besar untuk memperluas perkhidmatan ini dalam beberapa tahun akan datang.

”Kami turut menyasar untuk menyokong komuniti digital dan mereka yang mengutamakan mudah alih yang sedang berkembang dengan memperkenalkan produk, perkhidmatan dan penyelesaian bermakna dan bernilai tambah yang memanfaatkan platform e-dompet kami,” katanya.

[Sumber: Bernama

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!