Tip Mudah Untuk Buat Permohonan MyKad 12 Tahun Secara Online );

Type to search

E-Com Tech

Tip Mudah Untuk Buat Permohonan MyKad 12 Tahun Secara Online

Share
mykad

Selari dengan amalan norma baharu, kini pelbagai perkhidmatan kebanyakannya dapat dilaksanakan secara dalam talian.

Ini termasuklah urusan berkaitan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk permohonan pelbagai jenis dokumen – misalnya seperti permohonan mykad pengenalan 12 tahun.

Bagi memudahkan orang ramai, prosesnya kini boleh dilakukan secara dalam talian pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja – sekaligus mampu menjimatkan masa.

Permohonan boleh dilakukan dengan beberapa kaedah mudah iaitu dengan cara mengimbas kod QR atau melayari laman khusus yang disediakan di bawah.

QR Code JPN

Seterusnya, ikuti setiap satu kaedah yang disediakan menerusi panduan manual bagi memudahkan lagi proses permohonan mykad dibuat.

Sebaik sahaja selepas permohonan mykad berjaya didaftarkan, sila cetak slip berkenaan untuk dibawa ke kaunter JPN terpilih untuk proses selanjutnya.

Tutorial Daftar

Baca lagi: Selangor Lancar ‘iClean Selangor’ Untuk Sebarang Aduan Sampah Terbuang

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!