);

Type to search

E-Com Gajet

Canon DSLR Umum Model Baru 850D Pada Harga RM3730

Share

Canon telah mengumumkan model terbaru kamera DSLR bagi peringkat entry-mid iaitu model 850D. DSLR baru ini dilengkapi dengan fungsi baru seperti Face and Eye Detection Autofocus (AF), keupayaan rakaman video 4K dan susun atur yang lebih baik.

DSLR baru ini diberi banyak penambahbaikan dari ciri autofokusnya seperti Dual Pixel AF dan Pengesanan Mata AF dalam mod Live View, serta Face Detection AF apabila merakam melalui optical viewfinder. 850D dilengkapi dengan fungsi automatik Penjejakan Pintar (iTR) dengan 220,000 piksel RGB + sensor pemeteran IR, yang menyediakan ketepatan berkadar kelajuan tinggi untuk menangkap subjek yang bergerak pantas.

Canon 850D juga didatangkan dengan sensor imej 24MP APS-C CMOS dan sensor AF poin 45 dengan cross type point untuk ketepatan yang lebih baik dan lebih pantas. Ia juga mempunyai pemproses imej Digic 8 yang baru serta kemampuan untuk tembakan berterusan 7fps. Bagi penstabilan imej, kamera dipasang sistem IS Digital Digital 5-Axis untuk mengambil video dan tembakan burst.

Untuk fungsi video, Canon 850D boleh merakam dalam 1080p sehingga 60fps dan footage 4K pada 25p. Ia juga mempunyai pilihan tambahan untuk mengambil video yang tidak boleh dilakukan oleh model terdahulu, seperti time-lapse dan pemilihan tempat automatik. Satu ciri baru yang disertakan pada DSLR ini adalah keupayaan untuk merakam video dari sudut menegak.


Kemungkinan besar fungsi ini dikhaskan untuk pengguna yang memuat naik video ke TikTok, Instagram atau fungsi aplikasi popular telefon pintar masa kini.


850D baru datang dengan susun atur yang lebih baik dan di belakang badan terletak LCD skrin sentuh berskala 1.04M-dot penuh untuk tujuan Live View dan melihat imej.

DSLR Canon 850D akan dikeluarkan pada bulan April 2020 pada harga [Badan sahaja] USD$ 750 (RM3105) atau sekali dengan lensa EF-S 18-55mm f / 4-5.6 IS STM untuk USD$ 900 (RM3730). Bila dan harga bagi pasaran Malaysia belum disahkan oleh Canon pada masa ini.

(Sumber: Canon)
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!