China Guna Teknologi Kamera Canon AI Dengan Fungsi ‘Pengecaman Senyuman’ Di Pejabat Untuk Kehadiran Pekerja );

Type to search

E-Com Tech

China Guna Teknologi Kamera Canon AI Dengan Fungsi ‘Pengecaman Senyuman’ Di Pejabat Untuk Kehadiran Pekerja

Share
canon

Syarikat teknologi Canon telah menemukan cara terbaik untuk mengatasi masalah moral di tempat kerja dengan memasang kamera ‘pengecaman senyuman’ yang diaktifkan oleh AI di pejabat Canon Information Technology.

Kamera berkenaan hanya membenarkan pekerja yang senyum sahaja untuk memasuki bilik pejabat bagi memastikan setiap pekerja sentiasa gembira sepanjang masa.

Teknologi Maklumat Canon telah mengumumkan kamera ‘pengecaman senyuman’ ini pada tahun lalu sebagai rangkaian alat pengurusan di tempat kerja, namun ianya kurang mendapat sambutan ketika itu.

canon

Selain itu, syarikat berkenaan akan mengawasi program mana yang digunakan pekerja di komputer mereka melalui kamera CCTV. 

Masa yang diambil pada waktu rehat, waktu makan dan pergerakan pekerja di luar pejabat juga akan dipantau menggunakan aplikasi mudah alih.

Meskipun kurang disenangi ramai, Canon China mempertahankan teknologi itu dan mengatakan bahawa ianya dirancang bertujuan bagi mempromosikan suasana positif di pejabat.

canon

“Kami ingin mendorong pekerja untuk mencipta suasana positif dengan memanfaatkan sistem ini dengan teknologi ‘pengecaman senyuman’ kata jurucakap Canon kepada Nikkei Asia.

“Kebiasaannya, orang terlalu malu untuk senyum, tetapi setelah mereka terbiasa senyum di pejabat, mereka akan tetap tersenyum tanpa sistem yang menciptakan suasana positif seperti ini,” katanya.

canon

Sekiranya teknologi ini digunakan di Malaysia, maknanya kena sentiasa senyum la sebelum nak masuk ke pejabat. Apa pendapat anda?

 

[Sumber]: theverge

 

Baca: Honda Cipta Sistem GPS Untuk Kasut Bagi Orang Buta

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!