Aplikasi Clubhouse Kini Boleh Dinikmati Pengguna Android );

Type to search

Apps E-Com Tech

Aplikasi Clubhouse Kini Boleh Dinikmati Pengguna Android

Share

Mula beroperasi di peranti IOS, Clubhouse kini akan ditawarkan untuk pengguna Android di seluruh dunia bermula dari bulan ini.

Clubhouse merupakan sebuah aplikasi media yang membolehkan orang ramai berkomunikasi melalui perbualan ataupun kiriman suara. Ia boleh digunakan untuk tujuan berbincang, bercerita dan menambah kenalan dari suluruh dunia.

clubhouse

Pengguna android mesti rasa terkecuali kan bila member borak dalam clubhouse?

Jangan bersedih… dalam beberapa minggu sahaja lagi semua pengguna peranti Android juga bakal menikmati aplikasi Clubhouse!

clubhouse

Clubhouse menyasarkan memperkenalkan akses mengikut negara sepanjang minggu ini, dan ia dijangka dibuka kepada semua pengguna Android menjelang hari Sabtu ini. Untuk lihat video sila tekan pautan ini youtube.com

Masih mengekalkan cara yang sama, orang ramai perlu menerima jemputan dari seseorang yang sudah berada di dalam aplikasi tersebut sebelum menyertainya.

Pastinya berita ini memberikan keceriaan buat semua pengguna Android dan sekaligus dapat menyatupadukan kedua-dua pengguna antara peranti IOS dan Android.

 

Sumber: theverge

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!