Coronavirus: Apple Inc. Harap Beroperasi Semula Di China Secepatnya Untuk Elak Kerugian Verst E-Com );

Type to search

E-Com Review

Coronavirus: Apple Inc. Harap Beroperasi Semula Di China Secepatnya Untuk Elak Kerugian

Share

Siapa sahaja yang tidak mengenali syarikat gergasi dunia yang merekabentuk serta memasarkan alat komunikasi mudah alih, peranti media, komputer peribadi dan pemain muzik digital berteknologi tinggi serta menjadi pilihan penduduk global sebagai salah satu simbol kemewahan.

Apple Inc. merupakan sebuah jenama yang mempunyai peminat tegar di seluruh negara dan pendapatan bersih syarikat ini mencecah lebih 1.3 trillion dolar! pada Disember 2019. Tidak hairanlah jika Apple Inc. mampu mempunyai cawangan yang sangat banyak di seluruh dunia. Di China sahaja Apple meluaskan sayap mereka ke 14 buah wilayah seperti Beijing, Chongqing, Fujian, Yunnan, Shanghai.

Apple mengumumkan bahawa penutupan operasi di China berikutan penularan wabak virus novel coronavirus (2019-nCov) hanyalah sementara iaitu sehingga 9 Februari sahaja dan berharap operasi akan diteruskan semula secepatnya. Jika penutupan operasi ini mengambil tempoh yang lama, Apple sendiri akan menanggung kerugian memandangkan Apple sangat bergantung kepada China untuk penjualan telefon pintar, rantaian bekalan dan sektor pembuatannya.

Menurut Reuters, Ketua Pegawai Eksekutif Apple (CEO), Tim Cook berkata dalam pengunguman kewangan baru-baru ini Apple sedang merangka pelan mitigasi sebagai persiapan berhadapan dengan kemungkinan kerugian yang dicetuskan oleh pengeluaran bekalan daripada Wuhan yang merupakan bandar bermulanya penularan virus corona ini.

Rakan kongsi Apple, sebuah syarikat elektronik gergasi Taiwan iaitu Foxconn yang merupakan pengeluar produk utama untuk syarikat Apple mengeluarkan kenyataan bahawa penularan virus corona ini tidak akan menjejas garis masa untuk pengeluaran produk terbaru Apple yang dijangka akan diperkenalkan pada bulan Mac ini.

Foxconn memastikan operasi kilang mereka di China menepati garis panduan kesihatan yang ditetapkan sehingga standards operating hours dilaksanakan semula.

Bukan Apple sahaja yang mengambil langkah menutup operasi mereka, malah rangkaian jenama terkemuka seperti Strabucks dan McDonald juga lebih awal menutup operasi mereka. Syarikat-syarikat lain yang terjejas menasihatkan pekerja mereka menjalankan aktiviti dari rumah dan kurangkan bercuti ke luar negara.

Sumber Imej: Qilai Shen/Bloomberg
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!