Covid-19 Lewatkan Pelancaran Iphone 12 - Verst E-Com

Type to search

E-Com Gajet Isu

Covid-19 Lewatkan Pelancaran Iphone 12

Share

Wabak penyakit Covid-19 yang jarang kita ikuti perkembangannya mampu membuat feed news kita terus dibanjiri dengan berita berkaitan wabak penyakit tersebut.

Virus yang berleluasa ini telah pun memberi impak yang kuat terhadap pelbagai jenis industri, walaupun pihak kesihatan telah mencuba pelbagai cara bagi membendung wabak penyakit ini dan merawat mereka yang dijangkiti, namun ia masih tersebar luas. Melainkan kalau masalah ini dapat dirawat dengan cepat, berkemungkinan pelancaran besar-besaran sesetengah teknologi terpaksa ditunda.

Berdasarkan Digitimes, Apple telah berhenti menghantar jurutera mereka ke China untuk menghadiri Ujian Pengesahan Kejuruteraan (EVT) fasa produksi Iphone 12 disebabkan oleh virus tersebut. Sehubungan dengan pengumuman daripada Apple pada bulan lepas, dimana mereka hanya membenarkan pergi ke China jika mempunyai urusan yang penting sahaja.

Terdapat sumber yang mengatakan halangan-halangan disebabkan oleh Virus tersebut telah menyebabkan Apple untuk tunda produksinya yang besar-besaran ke Jun. Walapun berita ini merupakan berita yang sah, berkemungkinan Apple akan melancarkan telefon tersebut pada bulan September walaupun sumber bahan akan disekatkan apabila pelancaran Iphone 12 nanti. Ini bukanlah kali pertama Apple mempunyai masalah produksi sebelum ini, namun masalah ini patut berkurang pada tahun 2020 kerana Iphone 12 dijangkakan mempunyai permintaan yang tinggi.

Tambahan pula, Digitimes melaporkan Apple ingin meningkatkan lagi permintaan ke Taiwan bagi mengelakkan masalah berkaitan dengan virus.

Mengabaikan masalah mengenai virus tersebut bukanlah pilihan syarikat yang mempunyai proses perniagaan besar di China, tetapi Apple sepertinya mempunyai pelan dalam mengurangkan kesan akibat wabak tersebut dalam produk masa hadapan.

Sehubungan dengan itu, jika virus tersebut tidak diselesaikan pada musim panas akan datang, atau isu lain yang bangkit, Iphone 12 dan beberapa lagi produk mungkin berisiko lebih teruk untuk lewat dilancarkan.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!