Cyberpunk 2077 Ditunda Kepada Tarikh Baharu - Verst E-Com

Type to search

E-Com Gaming

Cyberpunk 2077 Ditunda Kepada Tarikh Baharu

Share

CD Projekt Red telah mengumumkan bahawa Cyberpunk 2077 telah ditangguhkan dari 17 September kepada 19 November.

Dalam sepucuk surat daripada pengasas bersama CD Projekt Red, Marcin Iwiński dan ketua studio, Adam Badowski, mereka menjelaskan “siap apabila selesai” adalah “bukan hanya sekadar ungkapan yang kami katakan, namun mungkin ia adalah sesuatu yang kami lakukan walaupun kami tahu kami akan bertanggungjawab risiko ke atasnya. “

“Pada masa yang sama, kami menyedari bahawa dengan membuat keputusan seperti itu, kami akan kehilangan kepercayaan anda,” lanjut Iwiński dan Badowski. “Walaupun kami menganggap itu adalah keputusan yang tepat untuk game ini, kami tetap ingin meminta maaf kerana membuat anda menunggu lebih lama. Tujuan kami melakukan perkara ini adalah untuk menjadikan Cyberpunk 2077 sesuatu yang akan membuatkan anda bermainnya dalam tempoh yang lama dan tidak jemu dengannya. Kami juga berharap anda faham mengapa kami melakukan keputusan seperti ini. “

“Pada masa yang sama kami menulis surat ini, ingin kami memberitahu anda bahawa Cyberpunk 2077 sudah selesai baik dari segi isi kandungan dan permainan. Pencarian, jalan cerita, keterampilan dan barangnya serta semua pengembaraan yang ditawarkan di dalam Night City. Tetapi dengan begitu banyak kandungan dan sistem yang rumit saling berkait, kami perlu memeriksa dan semuanya dengan betul, menyeimbangkan mekanik permainan dan memperbaiki banyak pepijat. Game yang berkongsepkan dunia yang besar (open world) bermaksud sebilangan besar perkara perlu kami selesaikan dan kami akan menghabiskan masa tambahan untuk melakukan perkara itu. “

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!