Dalam Jarak 1KM Aplikasi Ini Mampu Kenal Pasti Dron Di Udara - Verst E-Com

Type to search

E-Com Apps

Dalam Jarak 1KM Aplikasi Ini Mampu Kenal Pasti Dron Di Udara

Share

Penggunaan Dron semakin popular di seluruh pelusuk dunia dimana terdapat kebimbangan bahawa dron boleh digunakan untuk aktiviti haram seperti mengintip atau mengganggu penerbangan komersial.

Berita seperti penerbangan yang ditangguhkan akibat penerbangan dron yang tidak dibenarkan di lapangan terbang berlaku.

Bagi menangani isu ini, pihak berkuasa mendesak agar Dron didaftarkan, kini DJI telah mengeluarkan aplikasi pengesan dron tidak lama lagi.

Aplikasi ini pada dasarnya membolehkan sesiapa sahaja untuk mengesan dan mengenalpasti drone yang terbang dekat anda.

Menurut Brendan Schulman, Naib Presiden Dasar dan Hal Ehwal Undang-Undang di DJI, mereka telah mencipta penyelesaian pengenalan jauh yang berfungsi dengan sistem sedia ada.

Biasanya, teknologi pengenalan jauh seperti ini ditawarkan sebagai perkhidmatan berbayar dan ia melibatkan peralatan yang bertujuan untuk digunakan syarikat, lapangan terbang dan penguatkuasaan undang-undang.

Aplikasi ini akan berfungsi menggunakan WiFi dan dapat mengesan dan mengenal pasti drone dalam jarak 1 kilometer.

Aplikasi ini juga akan berfungsi dengan dron bukan DJI yang dihasilkan dalam tempoh terdekat ini.

Pembuat drone yang berpangkalan di Shenzhen ini menghasilkan aplikasi ini bagi dan berharap melancarkan aplikasi secara percuma pada 2020, tertakluk kepada kelulusan.

Penggunaan drone yang tidak dibenarkan telah merugikan jutaan dolar akibat kelewatan dan pembatalan penerbangan.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA) mahu cara yang lebih baik untuk mengesan dan mengenal pasti drone, dan aplikasi ini akan membolehkan sesiapa sahaja melihat butir-butir pendaftaran sama dengan melihat plat nombor yang digunakan untuk kereta.

Di AS, dron seberat 250g dan ke atas mesti berdaftar dengan FAA.

Singapura juga berkemungkinan melaksanakan undang-undang yang sama dan merancang memberi penalti bagi kesalahan drone sehingga dua tahun penjara dan denda sehingga SGD 50,000 untuk pesalah kali pertama.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!