Dapatkan Assasins Creed: Origin Secara Percuma Pada Minggu Ini - Verst E-Com

Type to search

E-Com Gaming

Dapatkan Assasins Creed: Origin Secara Percuma Pada Minggu Ini

Share

Anda akan mengambil peranan sebagai seorang Medjay yang bernama Bayek dan isterinya Aya, dan membantu mereka berusaha untuk melindungi rakyat dari Kerajaan Ptolemaic pada masa pergolakan yang meluas: Firaun, Ptolemy XIII, yang berjuang untuk mempertahankan pemerintahannya sambil menyimpan cita-cita untuk mengembangkan kerajaannya.

Cleopatra and Julius Caesar

Adiknya pula, Cleopatra yang baru sahaja digulingkan, mula mengumpulkan pasukan tentera yang setia untuk melancarkan serangan balas terhadap Ptolemy dengan bantuan yang diperoleh daripada Republik Rom di bawah komando Julius Caesar. Peranan Bayek sebagai Medjay dan isterinya Aya membentuk pasukan rahsia iaitu pasukan yang Assassins pertama.

Bagi PC gamer yang masih belum pernah mencuba Assassin’s Creed: Origins, anda berpeluang untuk bermain game tersebut secara percuma bermula esok pada jam 9 malam sehingga 22 Jun 4 pagi mengikut waktu Malaysia.

Anda hanya perlu mempunyai akaun Ubisoft dan menggunakan aplikasi Uplay untuk mendapatkan tawaran percuma ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk laman web rasmi Ubisoft.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!