Dapatkan Kepuasan Melancong Dengan 5 Gajet Ini Verst E-Com );

Type to search

E-Com Gajet Pilihan E-Com Pilihan Editor

Dapatkan Kepuasan Melancong Dengan 5 Gajet Ini

Share

Melancong, mengembara dan meneroka dunia luar sememangnya menjadi idaman orang. Jika dapat mengembara atau melancong dalam masa yang panjang adalah lebih menyeronokkan. Namun, dalam memastikan percutian anda menyeronokkan, persediaan terbaik harus dilakukan.

Antara perkara penting perlu anda lakukan adalah persediaan gajet betul. Jadi persediaan gajet harus dilakukan sebelum memulakan pengembaraan atau percutian.

Pixel 3a

1. TELEFON PINTAR

Pada masa kini boleh dikatakan semua orang mempunyai telefon pintar dan perkara penting yang perlu ada pada telefon pintar anda adalah ketahanan bateri dan pengecasan paling cepat. Seorang ‘kaki travel’ yang berjaya dan memerlukan telefon pintar baru dalam bajet rendah untuk kegunaan kembara, ini antara faktor yang harus diteliti dan menjadi fokus utama.

Telefon mampu milik dari Google, Google Pixel 3a, dengan harga rendah mampu memberi pengalaman tahap premium termasuk kelajuan pantas. Jika anda lihat pada bahan plastik yang digunakan untuk cover model ini, ia lebih ringan dari Pixel 3. Didatangkan dengan lubang fon kepala, yang hilang pada telefon bimbit yang lebih mahal.

Skrin HD penuh dan warna 24-bit memberi kepuasan tontonan rakaman video dengan kamera yang sentiasa menjadi kekuatan terbaik Pixel dimana spesifikasinya sama seperti Pixel 3.

Pixel 3a mungkin tidak mempunyai ciri-ciri canggih yang ada pada telefon lain, seperti pengisian tanpa wayar dan storan foto HD percuma, tetapi ia memberi kepuasan dalam perbelanjaan anda dengan harga bermula dari USD399.

RAVPower External Battery Pack 16750mAh

2. POWERBANK

Kini ‘powerbank’ sudah menjadi ‘rakan baik’ bagi setiap pemilik telefon pintar. Penggunaan telefon pintar yang semakin meluas menjadikan powerbank sebagai aksesori wajib. Bagi kegunaan melancong dalam tempoh singkat, anda boleh terus menggunakan powerbank sedia ada jika ada.

Tapi bagaimana dengan pelancongan jangka panjang?

RAVPower External Battery Pack dengan kapasiti 16,750 mAh.

Ini adalah powerbank yang popular dan sangat menarik dari RAVPower. Dengan 2 port USB pantas, bateri lithium-ion yang cekap kuasa, dan reka bentuk yang sangat mudah alih, ini adalah pilihan yang baik untuk sesiapa sahaja yang memerlukan untuk mengecas telefon pintar mereka di mana sahaja.


Dengan ukuran 5 x 3.2 x 0.8 inci dan berat 10.9 auns, ia mampu memuaskan anda dengan keupayaan pengecasan pantar yang ditawarkan.


Powerbank ini mempunyai 2 port USB berkuasa 4.5A, yang menawarkan pengecasan pantas dengan teknologi iSmart yang bijak dalam mengenal pasti peranti anda untuk kecekapan caj maksimum.

Peranti yang berbeza akan melalui tempoh pengecasan berbeza, sebagai rujukan, iPhone 7 boleh dicaj 5.5 dengan kapasiti penuh.

Canon G7 X II

3. KAMERA DIGITAL

Bagi merakam detik indah ketika bercuti, kamera yang bagus adalah satu keperluan. Jika tidak, “Picture speaks a thousand words!” tidak memberi sebarang makna. Mungkin ada yang katakan kamera telefon pintar sudah cukup, tetapi perlu diingatkan kualiti dihasilkan kamera digital atau DSLR masih belum mampu digugat mana-mana telefon pintar buat masa ini.

Jika anda minat dengan vlog, Canon G7 X II adalah satu kamera kompak terbaik dan kamera fotografi yang bagus untuk pengembaraan. Ia sedikit lebih murah daripada Sony, ia mempunyai ciri-ciri lebih mewah dengan audio onboard yang lebih baik daripada Sony. Boleh dikatakan model ini antara kegemaran YouTubers dan Vloggers.

Parrot Anafi

4. DRON

Teknologi dron telah berkembang sejak kebelakangan ini, dron berkualiti tinggi adalah sukar untuk dibawa kembara akibat dari perundangan ketat sesebuah negara.

Dron moden sangat berpatutan dan ia mudah alih yang dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, termasuk kaki backpack dan pelancong! Mereka yang ingin lihat sudut paling berbeza di dunia boleh mengambil gambar udara mereka sendiri.


DJI bukan satu-satunya syarikat yang mengeluarkan drone berkualiti. Salah satu pesaing terbesarnya ialah Parrot bagi model Anafi.


Anafi mampu mengambil gambar / video yang sangat menarik dan, seperti Mavic Air, dibina untuk pengembaraan. Dua ciri utama Parrot Anafi ini menjadikannya salah satu dron terbaik semasa melancong dan alternatif kepada DJI.

Aspek yang paling berkesan dari Parrot Anafi adalah prestasi optiknya. Model ini boleh mengambil gambar dengan resolusi 21 Mp yang baik dan merakam video sehingga 4k pada 30fps atau Cinematic 4k pada 24 fps.

5. AKSESORI TAMBAHAN

Beberapa peranti kecil perlu diambil kira termasuk travel plug ketika bercuti. Setiap negara mempunyai pilihan soket berlainan dan disebabkan itu penggunaan travel plug adalah satu perkara wajib. Alat ini memudahkan anda mengecas telefon pintar, kamera digital dan powerbank.

Satu lagi aksesori yang anda perlu ada adalah ‘headphone’ bagi menghilangkan rasa bosan ketika di dalam kenderaan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!