DC Umum Suicide Squad Dan Gotham Knight Di DC Fandome - Verst E-Com );

Type to search

E-Com Review

DC Umum Suicide Squad Dan Gotham Knight Di DC Fandome

Avatar
Share

Dalam acara DC Fandome baru-baru ini, berita mengenai dua permainan baharu telah diumumkan iaitu Gotham Knights dan Suicide Squad: Kill the Justice League. Kedua-dua judul ini akan dilancarkan di platform PC, PlayStation 5 (PS5), PlayStatio 4 (PS4), Xbox Series X, dan Xbox One.

Gotham Knights yang dibangunkan oleh Warner Bros. Games Montreal akan dilancarkan pada tahun depan. Ia adalah studio yang sama sebelum ini mengeluarkan Batman: Arkham Origins.

Pemain akan bermain sebagai salah seorang daripada empat pewaris legasi Batman iaitu Nightwing, Batgirl, Robin, dan Red Hood. Ia akan menggabungkan permainan dunia terbuka Arkham Origins dengan elemen role-playing game (RPG).

Suicide Squad: Kill the Justice League pula dibangunkan oleh Rocksteady Studios, studio yang terkenal dengan siri permainan Batman: Arkham. Ia akan dilancarkan pada tahun 2022.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!