Dengan Mi Note 10 / 10 Pro, Korang Boleh Dapatkan Gambar 108MP Dan Rakaman Video Tanpa Perlu Gimbal - Verst E-Com

Type to search

E-Com Pilihan E-Com Pilihan Editor Review

Dengan Mi Note 10 / 10 Pro, Korang Boleh Dapatkan Gambar 108MP Dan Rakaman Video Tanpa Perlu Gimbal

Share

Xiaomi kini hadir dengan peranti kelas pertengahan dengan spesifikasi menakjubkan iaitu Xiaomi Mi Note 10 Pro dimana model ini memfokuskan keunikan kamera utama iaitu lensa utama sebesar 108-Megapixel.

Apa yang menarik mengenai telefon pintar ini adalah kebolehan kamera diiktiraf oleh DXOMark setaraf dengan Huawei Mate 30 Pro. Kami kongsikan sedikit keistimewaan dan fungsi model ini.

BUKA KOTAK

Mi Note 10 Pro didatangkan dengan kandungan yang sama seperti telefon pintar Xiaomi lain iaitu pengecas, kabel USB-C serta sarung silikon. Kepala pengecas berkuasa 30W memberi anda keupayaan pengecasan pantas 50% dalam 30 minit. Dengan kapasiti bateri 5,260 mAh, fungsi pengecasan pantar adalah amat diperlukan.

MI NOTE 10

Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro boleh dikatakan sebagai telefon pertama di dunia dengan ciri penta-camera 108 megapixel.

Kamera 108MP bukan satu-satunya perkara yang menarik pada model ini. Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro mempunyai dua fungsi zum – 2x dan 5x. Turut ditawarkan sudut ultrawide 20MP dengan fokus auto dan kamera makro 2MP. Semua fungsi zum ini turut boleh digunakan untuk merakam video

Mi Note 10 Pro tampil dengan skrin melengkung 6.47 inch AMOLED Full HD. Paparan pada resolusi 1080 x 2340 dengan densiti 398 pixel setiap inci. Skrin menggunakan kaca tahan lasak Gorilla Glass 5 dengan keterangan maksimum sehingga 600 nits beserta ciri-ciri menarik seperti HDR10 dan paparan warna meluas P3.

Mi Note 10 dan Note 10 Pro dikuasakan oleh cip Snapdragon 730G yang mampu memberi kepuasan dalam ‘gaming’ dimana ia antara cip terpantas yang ada hari ini dan mampu memberi kepuasan dengan paparan 1080p.

Didatangkan bersama kuasa bateri 5,260 mAh dengan kebolehan pengecasan pantas berkuasa 30W dengan tahap pengecasan 57% dalam hanya 30 minit.

Mi Note 10 dan Note 10 Pro didatangkan dengan MIUI 11 bersama asas Android 9 tanpa anda perlu melakukan kemas kini. Kedua-dua model mempunyai lubang audio 3.5mm, pemutar IR, dan juga radio FM.
Apa yang dapat dilihat, beberapa fungsi terkini masih tiada pada model ini seperti ketahanan air atau pengecasan tanpa wayar.

Skrin melengkung + Bingkai aluminium dibentuk kemas, memberikan efek cengkaman yang memuaskan

REKA BENTUK

Rekaan Mi Note 10 dan Note 10 Pro boleh dikatakan hampir sama dengan mana-mana model terkini dengan skrin melengkung seperti Huawei Mate P30 dan One Plus 7 Pro. Bingkai aluminium dibentuk kemas, memberikan efek cengkaman yang memuaskan.

Xiaomi menyatakan model ini didatangkan dengan generasi baru pengimbas cap jari optik di bawah skrin dimana ia harus lebih cepat dan lebih tepat daripada versi terdahulu ada pada Mi 9T.

Di bahagian belakang pula kelihatan seperti Mi 9 dimana terdapat bonjolan yang menempatkan tiga daripada lima kamera utama – 5x tele, 2x tele, dan kamera utama 108MP. Di bahagian bawah pula tersedia kamera ultrawide 20MP dan makro 2MP.

Terdapat dua lampu LED pada Mi Note 10 dan Note 10 Pro, bersebelahan dengan bonnjolan kamera. Satu mempunyai kaca depan yang jelas dan ia lebih terang, manakala satu lagi mempunyai penyebar, dan cahayanya lebih lembut untuk digunakan bagi mod potret misalnya.

Kamera ultrawide mempunyai fokus auto, dan ia digunakan untuk rakaman video dengan kemampuan mod makro yang mampu merakam imej dekat.

Dengan saiz 157.8 x 74.2 x 9.7 mm dan berat 208 gram – telefon pintar ini adalah 2mm lebih tebal dan 25g lebih berat daripada Mi 9.

Skrin lengkung 6.47inci AMOLED

PAPARAN

Xiaomi Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro mempunyai skrin lengkung 6.47inci AMOLED dengan sudut bulat dengan bulatan kecil di bahagian atas yang menempatkan kamera selfie. Skrin dengan resolusi – 1080p atau 2,340 x 1,080 pixel (399ppi). Skrin ini dilindungi oleh kepingan Gorilla Glass 5.

Paparan Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro menyokong HDR 10, dengan pilihan mod malam yang baik.

Xiaomi menawarkan tiga tetapan skema warna berbeza dengan warna tertentu. Pilihan Auto penuh meliputi ruang warna DCI-P3, dan dalam mod ini, anda boleh memilih ketepuan warna (default, warm, cool).

57% kuasa bateri dalam 30 minit

BATERI

Xiaomi Mi Note 10 dikuasakan oleh bateri 5,260 mAh – 30% lebih besar daripada bateri 4,000 mAh Mi 9 Pro dan 60% lebih besar daripada 3,300 bateri Mi 9. Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro menyokong pengecasan pantas 30W dan didatangkan dengan pengecas.

Pengecas 30W mampu mengisi sekitar 57% kuasa bateri yang telah kosong dalam 30 minit, sementara ia mengambil masa sekitar 65minit untuk pengecasan penuh.

Mi Note 10 dan Note 10 Pro mampu bertahan sehingga 95 jam dan mempunyai penggunaan kuasa yang baik ketika membuat panggilan dan menonton video. Melayari internet menggunakan kuasa bateri yang agak lebih dari dijangka.

PEMBESAR SUARA & AUDIO

Mi Note 10 dan Note 10 Pro mempunyai satu pembesar suara di bahagian bawah di mana ia cukup kuat dan kesan bunyinya sangat jelas dengan kesan bass yang cukup baik dan nada suara yang jelas.

Telefon ini berjaya mengekalkan keupayaan bunyinya dengan fon kepala dengan pemisahan stereo yang lebih baik.

108MP + Penta Camera

PRESTASI & PENANDA ARAS

Xiaomi Mi Note 10 dan Note 10 Pro menggunakan cip Snapdragon 730G – SoC, model pertengahan paling baik dari Qualcomm. CPU model ini mempunyai dua teras Kryo 470 Emas (Cortex-A76), dengan kuasa 2.2 GHz, dan satu lagi enam Kryo 470 Silver (Cortex-A55) dengan kuasa 1.8 GHz. Mereka semua dibina pada nod LPN 8nm dan dengan itu cukup cekap kuasa.

Didatangkan dengan 6GB RAM bagi model Mi Note 10 dan Note 10 Pro dengan 8GB RAM.

Mi Note 10 dilengkapi dengan baik untuk mengendalikan mana-mana permainan atau mana-mana aplikasi yang anda install. Telefon masih berada pada suhu sejuk ketika bekerja pada beban tinggi.

Kualiti Imej Makro
UltraWide - Zoom

PENTA CAMERA

Mi Note 10 menampilkan fungsi “penta camera” pertama dari Xiaomi.

Mi Note 10 dan Note 10 Pro adalah telefon pertama yang datang dengan sensor 108MP Samsung dalam modul kamera utamanya. Ia adalah 1 / 1.33 inci imager yang lebih besar daripada apa-apa yang kini berada di pasaran.

Sensor pada Note 10 didatangkan dengan lensa 7-elemen yang stabil dan mempunyai aperture f / 1.7. Manakala Note 10 Pro mempunyai lensa 8-elemen dengan sensor yang sama.

Seterusnya adalah kamera telephoto. Sensor 12MP dengan 1.4μm pixel dan fokus auto dwi-pixel adalah sangat menarik untuk kamera zum.

Bagi fungsi 5x Xiaomi menyenaraikan resolusinya pada 5MP dengan 10x zum hibrid dan mengatakan ia mempunyai f / 2.0 lensa. Satu-satunya modul 5x yang ada bagi jenis periscope yang digunakan pada Huawei P30 Pro dan zoom Oppo Reno.

Multi-camera pasti tidak menarik tanpa mod wide-angle. Mi Note 10 dan Note 10 Pro mempunyai kamera wide-angle dengan sensor 20MP yang dikendalikan dengan lensa (13 mm) yang merangkumi pandangan 117 darjah. Kamera wide-angle ini mempunyai fokus auto, tidak seperti sebahagian besar model ultra di pasaran. Ini bermakna ia juga mampu memberi gambar dan video ‘close up’.

Akhir sekali mod terkecil iaitu kamera makro 2MP di mana ia mampu fokus dalam julat 2cm hingga 10cm, ia memberi kepuasan close up yang tidak dapat diperolehi dari mana-mana model di pasaran.

Nampaknya dua keistimewaan pada Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro adalah mod ultra wide 20MP dan makro khusus 2MP mampu melakukan penggambaran makro. Xiaomi mengatakan mod makro menggunakan 2MP untuk foto closeup, tetapi mod ultrawide boleh memperolehi keupayaan makro untuk video. Dengan kemampuan pengambilan imej pada jarak hanya 2cm.

Tidak dilupakan juga kamera selfie 32MP dengan Quad Bayer sensor.

Mod Malam
Swafoto Kamera Depan

KUALITI FOTO

Kedua-dua model ini mengambil gambar 27MP pada mod photo utama. Dengan kesan hingar yang hampir tidak kelihatan. Warna-warna yang diperolehi melalui imej adalah tepat dengan kesan dinamik yang luas (semua ini diperolehi dalam fungsi Auto HDR).

Mengambil gambar pada resolusi 108MP datang dengan sedikit kesan hingar. Apabila mengambil gambar dalam mod 108MP, telefon mengambil masa yang lebih lama untuk menyimpan imej. Tetapi imej yang dihasilkan sangat wow!

Melalui mod ultra-wide pula, apa yang boleh dikatakan kesan warna dan jarak yang diperolehi sangat dinamik. Mungkin kerana keupayaan kamera untuk fokus auto, membolehkan anda memberi tumpuan kepada objek berdekatan, berbanding hanya pada objek terkunci.

Dalam mod zum, yang membawa kita ke fungsi telefoto 5x. Foto-foto 8MP yang diperolehi adalah jelas dengan sedikit kesan hingar. Konsistensi berterusan dalam kualiti warna juga sangat menarik.

Pengimejan dalam keadaan cahaya malap (low-light) melalui kamera utama Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro melalui mod Foto boleh dikatakan terperinci dan bersih, dengan warna yang tepat dan memuaskan.

Bagi kamera mod makro, pada kekuatan 2MP, ia tidak banyak memberi kekuatan dalam kualiti gambar tetapi tahap kepuasan mengambil gambar makro dengan hanya menggunakan telefon adalah sangat memuaskan.

Potret pada Mi Note 10 diambil dengan kamera 2x zum. Pengesanan subjek adalah sangat baik, dan kesan kabur (bokeh) pada latar belakang yang dihasilkan kelihatan semula jadi.

Selfies yang diambil melalui model ini cukup bagus, dengan pelbagai dinamik yang tinggi dan keupayaan warna yang jelas. Kemampuan yang ada pada kamera 32MP memberi hasil imej yang baik.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!