Digimon Survive Bangkitkan Nostalgia Lama - Verst );

Type to search

Digimon Survive Bangkitkan Nostalgia Lama

E-Com Gaming

Digimon Survive Bangkitkan Nostalgia Lama

Avatar
Share

Siapa yang tidak kenal dengan Digital Monster atau Digimon yang menjadi kegilaan remaja zamn 90-an hinggalah sekarang.

Malah sekarang Digimon Adventure 2020 iaitu versi reboot telah diudarakan oleh pihak TOEI bagi memberi ruang kepada peminat lama dan peminat generasi baharu.

Digimon Survive merupakan sebuah permainan video keluaran BANDAI NAMCO yang dikhabarkan akan keluar pada tahun hadapan namun masih tiada tarikh tetap disebabkan wabak pandemik ini.

Digimon Survive Might Be Delayed to 2021 | Game Rant

Bagi meraikan ulang tahun ke 20 anime Digimon, permainan video ini akan membawa anda semua menjelajahi pengembaraan yang penuh misteri.

Digimon Survive mengisahkan mengenai seorang remaja sekolah bernama Takuma Momozuka bersama rakan-rakannya yang hilang ketika acara perkhemahan sekolah dibawa ke dunia yang penuh raksasa dan bahaya.

Permainanan kali ini akan menggunakan konsep 2D dan perlawanannya lebih ke arah SRPG.

Digimon-Survive-280818-010 | Instacodez | Flickr

Jadi peminat Digimon yang lama boleh merasai suasana dan mengimbau kembali memori saat mereka bermain permainan dan menyaksikan pengembaraan Digimon ketika mereka masih kecil.

Para peminat boleh bermain menggunakan Play Station 4, Nintendo Switch, Xbox One dan Microsoft Windows.

Sumber:  Bandai Namco

Kredit : Flicker.com, LogoDix.com

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!