Facebook Bakal Melancarkan Cermin Mata Pintar ‘Ray-Ban’ Tidak Lama Lagi );

Type to search

E-Com Gajet Tech

Facebook Bakal Melancarkan Cermin Mata Pintar ‘Ray-Ban’ Tidak Lama Lagi

Share
ban

Facebook merupakan laman media sosial yang dikenali di seluruh dunia dan boleh dikatakan seluruh masyarakat pada hari ini memiliki akaun peribadi masing-masing.

Selain digunakan sebagai medium komunikasi digital, ianya turut dijadikan sebagai medan pengiklanan, penyebaran maklumat, perkongsian data dan juga ruang perniagaan.

Sebutkan sahaja apa yang anda ingin ketahui, segalanya pasti ada di Facebook!

Namun begitu, baru-baru ini pengasas Facebook, Mark Zuckerberg menyatakan bahawa syarikatnya akan melancarkan sebuah cermin mata pintar tidak lama lagi.

“Melihat ke hadapan, keluaran produk seterusnya merupakan pelancaran cermin mata pintar pertama kami hasil kerjasama dengan jenama Ray-Ban,”

“Kacamata ini mempunyai reka bentuk ikoniknya yang tersendiri, dan ia bakal membolehkan anda melakukan beberapa perkara dengan cukup kemas,” katanya.

ban

Difahamkan, penghasilan kacamata ini adalah bahagian penting daripada rancangan baru Facebook untuk membangunkan projek metaverse’ sebagai platform teknologi multi-modal yang terbaru.

Ianya dikatakan bakal menggabungkan ruang maya serta fizikal, dan akan digunakan untuk tujuan seperti membeli-belah, bekerja dan bersosial.

ban

Nampaknya, sebuah lagi peranti teknologi baru akan hadir tidak lama lagi, dan pastinya ia akan menggegarkan seluruh platform digital di dunia ini.

Untuk lihat video dengan lebih lanjut, anda boleh tekan sini

 

Sumber: theverge

 

Baca: Mark Zuckerberg Kongsi Ciri Terbaharu Pada Aplikasi WhatsApp

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!