Facebook Bakal Hadir Dengan 'Thread' Seperti Di Twitter );

Type to search

Apps E-Com

Facebook Bakal Hadir Dengan ‘Thread’ Seperti Di Twitter

Share
thread

Penyampaian teks secara bebenang ataupun thread telah lama digunakan oleh pengguna laman twitter dan ianya dilihat sangat berguna dalam menyampaikan maklumat.

Teks secara berangkai ini dilihat menarik dan mudah untuk digunakan orang ramai kerana ianya disampaikan secara berterusan dan boleh dikemas kini dari semasa ke semasa.

Jika sebelum ini ciri tersebut hanya diguna pakai di twitter, kini Facebook juga dikatakan sedang menguji fungsi yang sama di platform mereka.

thread

Difahamkan, ciri yang hampir serupa bakal diperkenalkan di laman sosial Facebook dan ianya juga dilengkapi butang ‘Lihat Posting Thread’, bagi membolehkan pengikut mengakses dengan mudah untuk melihat semua posting di thread

Perunding media sosial Matt Navarra, yang pertama kali melihat ciri itu, berkongsi tangkapan skrin yang menunjukkan apa yang diuji oleh Facebook mengenai ciri baru tersebut.

thread

thread

Ciri baru ini akan membolehkan pengguna membuat catatan yang dapat dihubungkan secara langsung dengan catatan sebelumnya. 

Oleh itu, apabila entri baru dari satu pengguna muncul di laman utama pengikut mereka, ia akan dipaparkan yang menghubungkan ke catatan lain dalam satu bahagian utas.

thread

Jadi senang la lepas ni kalau nak kongsikan berita ataupun sebarang informasi yang panjang di Facebook.

Kalau nak ‘membawang’ panjang berjela pun boleh!

 

Sumber: techcrunch

 

Baca: Instagram Bakal Bangunkan Ciri ‘IG Stories’ Berbayar & Eksklusif?
Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!