Facebook Bakal Tampil Dengan ‘Smartwatch’ Sendiri Tidak Lama Lagi );

Type to search

E-Com Gajet Pilihan E-Com Tech

Facebook Bakal Tampil Dengan ‘Smartwatch’ Sendiri Tidak Lama Lagi

Share
smartwatch

Facebook dikatakan sedang dalam usaha untuk menghasilkan peranti ‘smartwatch’ pertamanya dan dijangka akan mula memasarkannya menjelang musim panas.

Peranti ini akan hadir dengan ciri paparan dua kamera untuk mengambil gambar dan video yang kemudiannya boleh dikongsi di seluruh rangkaian aplikasi Facebook, termasuk Instagram.

Kamera di bahagian hadapan jam tangan akan tersedia untuk panggilan video, sementara kamera berdefinisi tinggi 1080p di belakang pula boleh digunakan untuk menangkap foto.

Facebook berharap agar pengguna dapat menggunakan jam tangan dengan cara yang sama seperti telefon pintar demi mengelakkan kawalan Apple dan Google terhadap pengguna Facebook mudah alih.

smartwatch

Ianya sekaligus bertujuan untuk memberi saingan pada satu lagi jenama gergasi teknologi, Apple yang dikatakan berjaya menjual 34 juta Apple Watch tahun lalu secara kesuluruhan menurut Counterpoint Research.

Dengan menggunakan versi khas sistem operasi Android Google, Facebook berupaya menggunakan rangkaian aplikasi melalui peranti ‘smartwatch’ yang tersendiri di samping telefon pintar.

smartwatch

Bakal memasarkan versi pertama pada musim panas tahun hadapan, Facebook juga dikatakan sedang dalam usaha menghasilkan generasi kedua dan ketiga untuk tahun-tahun berikutnya.

Berkenaan harganya pula, peranti tersebut dilaporkan akan dijual dengan harga sekitar $ 400 namun ianya masih belum diputuskan secara rasmi lagi.

Ianya merupakan satu ancaman dan saingan buat jenama Apple Watch yang telah mendominasi pengeluaran peranti jam tangan pintar dan rata-rata pengguna menggemarinya dan mudah digunakan.

Apa-apa pun, sama-sama la kita tunggu dan lihat apakah kelainan yang dibawakan oleh ‘Facebook Smartwatch’ ini nanti.

 

Sumber: macrumors

 

Baca: Top 5 Apps ‘Thorbaek’ Untuk Buat Content Media Sosial 2021
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!