Facebook Hadkan Pengiklanan Kepada Pengguna Bawah 18 Tahun );

Type to search

E-Com Tech

Facebook Hadkan Pengiklanan Kepada Pengguna Bawah 18 Tahun

Share
facebook

Salah satu media sosial yang paling popular, Facebook (FB), mempunyai sistem sasaran pengiklanan yang unik.

Ini kerana, sistem mereka mempunyai kemampuan untuk paparkan iklan bergantung kepada maklumat pengguna seperti carian di internet, lokasi, jantina dan umur.

FB kini umumkan yang mereka akan menetapkan untuk kurangkan iklan kepada pengguna bawah 18 tahun selepas Instagram juga beritahu untuk hadkan iklan kepada pengguna bawah 16 tahun.

Keputusan ini walau bagaimanapun mengubah polisi Facebook untuk sasarkan iklan berdasarkan umur, jantina dan lokasi apabila kajian mendapati syarikat menjual alkohol tidak menyekat iklan remaja bawah umur.

Mark Zuckerberg, pengasas Facebook.

Pendekatan FB untuk pengguna yang lebih muda telah menjadi perhatian setelah penggubal undang-undang dan pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) membantah rancangannya yang terbongkar untuk melancarkan versi Instagram untuk kanak-kanak di bawah usia 13 tahun.

Awal tahun ini, lebih daripada 40 peguam AS menulis kepada CEO Mark Zuckerberg yang meminta dia membuang idea ini.

Ini adalah sebuah keputusan yang cukup menarik daripada FB kerana mereka boleh dikatakan satu-satunya platform media sosial yang dilihat sangat agresif dalam penyasaran iklan kepada pengguna.

[Sumber: The Star, Reuters]
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!