Teringin Nak Makan Doyan? FAMA Jual Durian Dekat Shopee Gais! );

Type to search

E-Com ecommerce

Teringin Nak Makan Doyan? FAMA Jual Durian Dekat Shopee Gais!

Share
FAMA

Shopee mengumumkan kerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk melancarkan kempen Durian e-Fiesta.

Ia akan memperkasa para petani dan penjual durian yang sah untuk mencebur diri menjual dalam talian, di samping memudahkan pembeli mendapatkan buah yang mereka idamkan.

Walaupun masih di musim lockdown, musim durian juga sedang hebat melanda Malaysia juga. Kempen Durian e-Fiesta bersama FAMA di Shopee akan berlangsung dari 10 hingga 31 Julai 2021.

iklan FAMA

Ia menyediakan baucar diskaun sehingga 50%, diskaun RM15 dengan pembelanjaan minimum RM60, serta diskaun RM30 dengan pembelanjaan minimum RM100 yang boleh dituntut menerusi laman mikro eFAMAPLACE.

Di samping itu, penjual-penjual eFAMAPLACE di Shopee akan mengadakan Jualan Kilat Shocking Sale setiap hari dari 4 hingga 31 Julai.

Di mana durian Musang King, D24 dan durian kampung dijual daripada harga serendah RM0.77 pada jam 12 tengah malam setiap hari dalam kuantiti terhad.

Artikel berkaitan: Mitos Durian yang Kita Mungkin Selalu Dengar

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA Abdul Rashid Bahri berkata, “Kami sedang membantu para petani durian untuk mengelak daripada lambakan durian sepanjang kemuncak musim durian ini.

“Oleh itu, kerjasama dengan Shopee untuk menawarkan baucar yang boleh dituntut dan digunakan akan memanfaatkan para penjual dan juga pengguna.

“Kami juga telah memastikan pelbagai jenis durian popular boleh didapati seperti Musang King, Udang Merah, XO, D101, durian kampung dan lain-lain.”

Beliau menambah bahawa sebagai salah satu platform e-dagang terbesar di Malaysia, Shopee merupakan pihak yang paling sesuai untuk merealisasikan impian FAMA dalam membantu usahawan agro makanan dalam pemasaran secara atas talian.

Jual Beli di Shopee Terjamin

shopee

Shopee akan melindungi semua transaksi yang dibuat menerusi platform e-dagang mereka menerusi Jaminan Shopee.

Ia adalah sebuah polisi untuk melindungi pengguna di mana Shopee akan memegang bayaran pengguna buat sementara sehingga pengguna mengesahkan pembelian mereka tulen dan telah diterima.

Setelah disahkan pembeli, barulah Shopee melepaskan bayaran ini kepada penjual. Jadi anda tidak perlu bimbang dengan durian yang dibeli di Shopee.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!