FAU-G Kini Pengganti PUBG Di India - Verst E-Com );

Type to search

E-Com Review

FAU-G Kini Pengganti PUBG Di India

Avatar
Share

Seperti diketahui, India telah melarang lebih dari 100 aplikasi mudah alih buatan China. Ini termasuklah PUBG Mobile yang menjadi antara permainan telefon pintar yang popular didunia.

Penghasilan FAU-G atau nama penuh adalah Fearless And United Guards, yang dibina oleh syarikat baru India, nCore Games. Pakar menggambarkan permainan ini pada kelas pertengahan bagi ‘multiplayer’. Konsep permainan menggunakan senario sebenar yang dihadapi oleh tentera India di Lembah Galwan, di sempadan Indo-China.

Perkembangan FAU-G kemungkinan bermula sejurus selepas larangan besar-besaran aplikasi China oleh India. TNW melaporkan dimana gelombang larangan dari perdana menteri India, Narendra Modi menyatakan cabaran kepada pembina tempatan untuk membuat aplikasi bagi menjayakan kempen Atma Nirbhar Bharat (India bergantung pada diri sendiri).

Inisiatif ini adalah seperti usaha untuk mengganti aplikasi mudah alih buatan China dan terima FAU-G sebagai pengganti PUBG.

Cuma perlu kita lihat adakah FAU-G mempunyai tema dan konsep baru seperti didakwa oleh pembina, atau apakah ia klon PUBG untuk menggantikan versi yang dilarang. Bakal dilancarkan pada bulan Oktober ini.

Sumber: TNW
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!