Fossil Gen 5 smartwatches dengan pembesar suara dan lebih berkuasa Verst E-Com );

Type to search

E-Com Gajet Pilihan E-Com

Fossil Gen 5 smartwatches dengan pembesar suara dan lebih berkuasa

Share

Produk jenama Fossil telah mengumumkan kehadiran Fossil Gen 5.

Didatangkan dengan ciri baru dikatakan sebagai ‘swim-proof speaker’, yang membolehkan anda jam anda bercakap kembali kepada anda dengan menggunakan Google Assistant. Sesetengah jam tangan dari jenama lain sudah menawarkan teknologi ini, tetapi kelebihan Fosil Gen 5 dengan keupayaannya bagi pengguna iPhone untuk turut menerima panggilan terus dari jam ini.

Fossil Gen 5 dilengkapi dengan badan keluli tahan karat 44mm, skrin 1.3 inci, pilihan tali daripada kulit, silikon dan keluli tahan karat – dan ia mempunyai monitor denyutan jantung, GPS, NFC (melalui Google Pay) , dan bateri pengisian pantas dengan empat mod yang berbeza dan mampu bertahan selama 24 jam.

Menggunakan chipset Snapdragon Wear 3100, yang sebelum ini muncul pernah muncul dalam Fosil Sport, ia merupakan chipset smartwatch Qualcomm yang terbaru dan terbesar.

Ciri-ciri lain termasuk tahan air dan pelbagai aplikasi yang telah dipasangkan, terdapat juga aplikasi Cardiogram yang dapat memaklumkan tanda-tanda diabetes tanpa didiagnosis, sleep apnea, hipertensi, dan fibrillasi atrium.

Gambar: Fossil

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!