Google Map Dengan Pandangan Lebih Realistik Mengenai Ciri Sekeliling Di Seluruh Dunia Verst E-Com );

Type to search

E-Com Apps

Google Map Dengan Pandangan Lebih Realistik Mengenai Ciri Sekeliling Di Seluruh Dunia

Share

Google Map adalah salah satu navigasi terbaik yang kita boleh guna pakai dan ia menjadi lebih baik dengan pemandangan ciri semula jadi lebih terperinci yang menunjukkan permukaan bumi dengan lebih tepat.

Sudut pandangan baru akan ditambah baik bagi pengguna jalan raya dan juga untuk menjadikan perjalanan pejalan kaki lebih selamat, lebih mudah dan cekap.

Dengan kemajuan dalam teknik algoritma pemetaan warnanya, Google Map mampu mengambil gambar satelit dan menggunakannya untuk menghasilkan peta yang lebih komprehensif pada skala global.

Kemas kini ini menjadikan kawasan persekitaran lebih senang dijelajahi dan membolehkan anda mendapatkan idea yang lebih baik mengenai jenis kawasan yang akan anda lalui di laluan anda. Ciri-ciri semula jadi seperti tanah gersang, hutan, dan lautan luas akan kelihatan lebih realistik – anda bahkan dapat melihat kumpulan salji di puncak gunung jika ada.

Bersama dengan sudut pandang yang lebih realistik mengenai ciri semula jadi, Google memasukkan maklumat jalan yang terperinci dalam usaha untuk membantu pengguna meronda dengan lebih selamat dan cekap.

Tidak lama lagi, anda akan dapat melihat dengan tepat di mana halangan, jambatan, dan laluan pejalan kaki berada. Bentuk dan lebar yang lebih tepat yang sesuai dengan skala jalan akan dimasukkan.

Ciri-ciri ini yang akan mula dilancarkan di London, New York, dan San Francisco dalam beberapa bulan akan datang, dan Google merancang mengembangkannya ke bandar lain kemudian.

Walaupun tidak semua penambahan Google Map baru ini memberi lebih keistimewaan, penambahbaikan ini percuma di telefon bimbit anda.

Dengan ciri baru ini, Google Map menjadi lebih berguna bagi pelancongan dunia dan juga pejalan kaki setiap hari.

Sumber: Android Police
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!