Google Pixel 6 dan 6 Pro Bakal Dikendalikan Dengan Cip 'Custom Made'? );

Type to search

E-Com Gajet

Google Pixel 6 dan 6 Pro Bakal Dikendalikan Dengan Cip ‘Custom Made’?

Share
google pixel

Baru-baru ini Google menyatakan bahawa akan mengeluar siri Pixel terbaru iaitu Google Pixel 6 dan 6 Pro dengan cip keluaran sendiri pada tahun ini.

Kedua-dua siri ini akan mengunakan cip Tensor buatan Google sendiri, sensor kamera dengan rekaan terbaru.

Artikel berkaitan: Google Menayangkan Pixel 5 Beserta Harganya

Cip rekaan Google ini walau bagaimanapun tidak memberikan perincian lebih, namun dikatakan ia membuatkan fungsi Pixel 6 dan 6 Pro lebih cepat, makin pintar dan dikatakan paling best dari siri sebelumnya.

tensor
Pemproses mudah alih baru Google, yang disebut Tensor, diadaptasi dari cip yang digunakan syarikat untuk perkhidmatan awan kecerdasan mesinnya.

Salah satu fungsi yang menonjol adalah kemampuan AI dan machine learning. Ini adalah dua sebab kenapa Google hendak membuat cip sendiri,

Kedua-dua fungsi ini akan digunapakai pada sistem kamera Pixel 6 dan Pro. Kedua-dua telefon ini mempunyai komposisi lensa wide dan ultra-wide.

pixel 6
Modul kamera di bahagian belakang Pixel 6. Dijadualkan pada bulan Oktober.

Rekaan Google Pixel 6 dan 6 Pro pula hadir dengan material seperti bingkai alumininum dan mempunyai lapisan kaca pada belakang telefon.

Rekaan screen pada Pixel 6 pula mempunyai paparan datar 90Hz manakala Pixel 6 Pro memiliki paparan melengkung 120Hz.

Kedua-dua siri ini bakal dilancarkan pada Oktober dengan sistem Android terbaru, Android 12.

[Sumber: Wired]
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!