Perkhidmatan Terbaru Grab Mampu Atasi Masalah Pemandu Mabuk - Verst E-Com

Type to search

E-Com Review

Perkhidmatan Terbaru Grab Mampu Atasi Masalah Pemandu Mabuk

Share

Memandu dalam keadaan mabuk merupakan masalah atau isu yang terjadi di kebanyakan negara di dunia, termasuklah Malaysia dimana kekurangan pengawasan atau penguatkuasaan undang-undang bagi mengawal perkara itu.

Pada masa ini, penyelesaian yang lebih logik bagi mereka yang selalu mengalami perkara ini adalah dengan tinggalkan kereta di kelab atau lokasi mereka mabuk lalu menggunakan perkhidmatan GrabCar.

Manakala di Thailand, pihak Grab telah memperkenalkan perkhidmatan baru dengan pendekatan sedikit berbeza. GrabDriveYourCar, dimana perkhidmatan bagi anda menyewa pemandu untuk memandu kereta anda. Harga bermula pada THB350 (sekitar RM48).

Grab dirasakan mensasarkan perkhidmatan tersebut kepada mereka yang lebih aktif melakukan aktiviti. Contoh lain adalah seperti seseorang yang, atau seseorang yang tidak suka memandu dalam trafik tinggi pasti menggunakan perkhidmatan tersebut.

Dengan harga yang bermula pada THB350, dan naik THB100 untuk setiap 5km perjalanan. Perkhidmatan ini pada dasarnya adalah dimana pelanggan memanggil seorang pemandu on-call untuk disewa dan dilihat dapat memenuhi kriteria pekerjaan masa kini seperti ‘Driver’.

Masih tidak ada berita mengenai sama ada Grab merancang untuk membawa perkhidmatan ini ke Malaysia. Adakah anda boleh mengharapkan seseorang yang tidak dikenali membawa kereta anda dan adakah Grab memberi jaminan profesional seperti perlindungan oleh insurans.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!