GrabCar: Pelanggan Wajib Mengisi Deklarasi Kesihatan Sebelum Tempah Perjalanan - Verst E-Com

Type to search

E-Com Review

GrabCar: Pelanggan Wajib Mengisi Deklarasi Kesihatan Sebelum Tempah Perjalanan

Share

Walaupun Grab adalah salah satu dari syarikat yang terkena impak pandemik COVID-19, namun mereka telah menjadi salah satu syarikat perkhidmatan yang mendapat paling banyak permintaan yang oleh pelanggan. Untuk mendapatkan lebih kepercayaan daripada pelanggan, Grab telah mengumumkan GrabProtect, iaitu bertujuan untuk membantu kerajaan meminimumkan penyebaran COVID-19.

GrabProtect merangkumi ciri keselamatan baru, perkongsian, dan pengedaran kit kebersihan kepada lebih 100,000 pemandu dan rakan penghantaran di seluruh negara. Kit kebersihan ini adalah termasuk pembersih tangan dan penyembur disinfeksi untuk melindungi kenderaan dan beg penghantaran.

“Dengan GrabProtect, kami telah menetapkan standard keselamatan dan kebersihan yang lebih tinggi dalam perkhidmatan pengiriman dan penghantaran. Rutin kebersihan baru ini bermula sebelum perjalanan bermula iaitu dengan memastikan pemandu dan pengguna sihat serta telah mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan sebelum menempah perjalanan, kami juga memberi kelonggaran untuk membatalkan pesanan dan memberikan maklum balas kepada Grab jika kedua-dua pihak tidak memakai topeng. Kami juga mendorong pelanggan untuk mengamalkan cara yang lebih selamat dan lebih bersih seperti membersihkan tangan dengan kerap dan penggunaan pembayaran tanpa tunai, ”kata Rashid Shukor, Ketua Operasi, Grab Malaysia.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!