Hadiah Sebanyak RM8 Juta untuk PUBG Mobile Global Championship
Share

Landskap e-sukan PUBG Mobile bakal berubah pada November ini dengan gabungan Liga Dunia dan Kejohanan Dunia menjadi PUBG Mobile Global Championship.
Pertandingan yang membabitkan penyertaan seluruh negara dari semua benua iaitu Amerika, Eropah, Asia Selatan, Asia Tenggara, Timur Tengah dan China untuk merebut hadiah terkumpul RM8 juta.
Proud to announce the @PUBGMOBILE Global Championship season ZERO! Where all the Top Professional invited teams across all regions will participate, including China to crown the Global Champion this year 2020! The event will host a prize pool of 2 million USD! #PMGC2020 #BeTheOne pic.twitter.com/2qj6kQCOYp
— PUBG MOBILE Esports (@EsportsPUBGM) August 24, 2020
“Oleh kerana pandemik covid-19 berskala global, akan tiada penonton di acara PMGC Season Zero jika ia tidak selamat dianjurkan, liga ini akan diadakan pada akhir November dimana ia akan berlangsung di dalam beberapa studio,” kata Tencent dalam satu kenyataan.
Sejak dilancarkan pada 2018, PUBG Mobile sudah menjadi salah satu fenomena permainan video mudah alih dengan 50 juta pemain aktif serta versi mudah alihnya sendiri di China yang dipanggil Game for Peace.