Hanya Dua Model Iphone 12 Bakal Dilancarkan Terlebih Dahulu Verst E-Com );

Type to search

E-Com Tech

Hanya Dua Model Iphone 12 Bakal Dilancarkan Terlebih Dahulu

Share

Apple bakal mengeluarkan empat iPhone OLED bersaiz 5.4, 6.1, dan 6.7 inci dimana iPhone 6.7 inci dan 6.1 inci akan menjadi peranti kelas atas dengan kamera tiga lensa, sementara peranti 5.4 inci dan 6.1 inci akan menjadi iPhone kelas bawah yang lebih berpatutan dengan lensa dwi kamera.

Oleh kerana kelewatan pembangunan dan pengeluaran, Apple dikhabarkan akan memasarkan Iphone 12 mengikut urutan. Tidak seperti sebelum ini dimana semua model dipamerkan serentak.

DigiTimes telah memberi gambaran dua model iPhone 12 iaitu 6.1 inci akan dipasarkan pada bulan Oktober, dengan model saiz 6.7 dan 5.4 inci dipasarkan kemudiannya.

Bloomberg juga telah melaporkan dimana Apple akan melancarkan iPhone pada tahun 2020. Namun, pihaknya menjangkakan Apple akan melancarkan peranti 5.4 dan 6.1 inci yang lebih berpatutan terlebih dahulu, dengan peranti “Pro” 6.1 inci dan 6.7 inci yang lebih mahal selepas itu.

Sementara itu, pemberi maklumat Jon Prosser mendakwa model iPhone 12‌ akan diperkenalkan pada acara yang akan berlangsung pada bulan Oktober, dengan model ‌iPhone 12‌ yang lebih rendah dijangka akan tersedia untuk pra-pesanan sejurus selepas acara tersebut.

Prosser mengatakan bahawa model Pro iPhone tidak akan tersedia sehingga bulan November.

Sumber: Macrumours
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!