Harga iPhone SE Generasi kedua Mampu Milik & Dilengkapi Cip Terpantas A13 Bionic - Verst E-Com );

Type to search

E-Com Gajet

Harga iPhone SE Generasi kedua Mampu Milik & Dilengkapi Cip Terpantas A13 Bionic

Hidayah Abdullah
Share

Apple Inc. telah mengumumkan peranti terbaru mereka iaitu iPhone SE Generasi Kedua (Gen 2) setelah kejayaan Generasi Pertama (Gen 1) yang pernah dikeluarkan pada tahun 2016 lalu.

iPhone SE Gen 1 terkenal dengan tawaran harga yang berpatutan, begitu juga iPhone SE Gen 2 ditawarkan pada harga serendah RM1,999.

Peranti terbaru itu dilengkapi dengan aluminium gred aeroangkasa, kaca tahan lama dengan paparan hadapan warna hitam penuh.

Didatangkan dengan tiga pilihan warna hitam, putih dan (product) red serta tiga versi berbeza 64GB (RM1,999), 128GB (RM2,199) dan 256GB (RM2,699).

Rekaan iPhone SE Gen 2 direka kalis air untuk kedalaman 1 meter selama tempoh 30 minit.

Dilengkap Cip Terpantas A13 Bionic

Seperti iPhone 11 dan iPhone 11 Pro, iPhone SE turut dilengkap dengan A13 Bionic yang merupakan cip terpantas selepas A12 Bionic. A13 Bionic dicipta dengan 8 teras khusus Neural Engine yang membolehkan 5 trilion operasi per saat.

A13 Bionic juga mampu meningkatkan kecekapan jangka hayat bateri, hasil foto yang menakjubkan melalui mod potret dan Smart HDR, rakaman video 4K, pengalaman bermain game lebih baik, carian web super pantas serta ciri keselamatan terkemuka dalam industri pembuatan peranti.

(Sumber: Apple Inc.)

Paparan Retina HD 4.7 Inci

Menampilkan paparan 4.7 inci dengan True Tone untuk pengalaman paparan semula jadi (paper-like viewing). Retina HD menawarkan ketepatan warna yang luar biasa dan menyokong Dolby Vision serta paparan HDR10. Peranti itu juga menyokong Heptic Touch untuk tindakan pantas (Quick Action) ketika pratonton foto, mesej dan banyak lagi.

Home Button & Pengimbas Touch ID

Ciri keselamatan idaman pengguna melalui penggunaan Home Button dan pengimbas cap jari Touch ID mengekalkan tahap keselamatan peranti yang terkemuka dalam industri. Home Button direka dengan sapphire crystal agar tahan lama untuk melindungi sensor.

Mod potret kamera depan & enam jenis kesan Portrait Lighting serta Depth Control (Sumber: Apple Inc.)

Fotografi & Videografi Lebih Gempak

Rekaan iPhone SE kembali dengan kamera tunggal terbaik ditawarkan oleh Apple Inc. iPhone SE Gen 2 dilengkapi kamera utama dengan keupayan 12 Megapiksel (MP) dan kamera depan 7MP. Kamera peranti tersebut didatangkan dengan bukaan aperture f/1.8, mod potret lensa depan, enam jenis kesan Portrait Lighting dan Depth Control. Rakaman video resolusi 4K pada 60 bingkai sesaat serta dilengkapi teknologi penstabilan pada kamera utama dan kamera depan. Penyuntingan video terus menerusi peranti juga disediakan membuatkan peranti ini jauh lebih baik daripada versi sebelumnya. Fungsi QuickTake kamera hadapan dan belakang memudahkan pengguna merakam video tanpa mematikan mod foto.

Pengecasan Pantas & Dual SIM

Peranti tersebut tersedia dengan pengecasan tanpa wayar (Qi Wireless Charging), pengecasan pantas dengan 50% cas hanya dalam masa 30 minit. Dual SIM dan eSIM membolehkan pengguna mempunyai dua nombor berbeza dalam satu peranti dan sangat memudahkan urusan ketika bercuti ke luar negara atau untuk  perniagaan. Muat turun pantas tersedia dengan Wi-Fi 6 dan kelas gigabit LTE.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!