HP Chromebook x360 11 G3 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Mampu Milik );

Type to search

E-Com Gajet

HP Chromebook x360 11 G3 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Mampu Milik

Share
HP Chromebook x360 11 G3

HP Inc. Malaysia hari ini mengumumkan keluaran terbaru bagi edisi Chromebook iaitu HP Chromebook x360 11 G3 dengan harga mampu milik.

Mereka menyasarkan kepada golongan pelajar sekolah dan universiti untuk merasai sendiri pengalaman kelas dalam talian yang lebih produktif.

Komputer riba ini yang ditawarkan dengan harga serendah RM1,299 pada waktu yang terhad, sebelum menjualnya dengan harga asal iaitu RM1,499.

Bagi menyokong pernyataan HP untuk bantu pelajar sekolah dan universiti menjadi lebih produktif, HP Chromebook x360 11 G ini dilengkapi dengan skrin 11.6 LCD dan mempunyai sistem skrin sentuhan.

hp laptop
HP Chromebook x360 11 G3
hp
HP Chromebook x360 11 G3

Bateri yang digunakan adalah sebesar 47 Watt yang dicas semula menggunakan pengecas 45W menerusi port jenis USB-C.

HP Chromebook x360 11 G3 ini adalah dari jenis 2 dalam 1 yang boleh dilipat menjadi sebuah tablet apabila diperlukan. Terdapat juga 2x USB 3.1 Type-C Gen 1, 2x USB 3.1 Gen 1 dan pemicu audio 3.5mm.

Disertakan dengan Intel cip Celeron N402 dengan grafik Intel UHD Graphics 600, memori sebesar 4GB LPDDR4 dan miliki storan 32GB eMMC. Storan juga boleh ditambah menggunakan kad mikro SD.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!