Huawei P40 Dilapor Bakal hadir Pada Mac 2020 Tanpa Aplikasi Google - Verst E-Com

Type to search

E-Com Gajet

Huawei P40 Dilapor Bakal hadir Pada Mac 2020 Tanpa Aplikasi Google

Share

Telefon pintar mercu siri P40 daripada Huawei dikatakan bakal dilancarkan pada Mac 2020 tanpa perisian Google.

Perkara ini didedahkan oleh Ketua Bahagian Konsumer Huawei, Richard Yu melalui temubual bersama penerbitan Perancis, “Frandroid” di mana beliau turut menjelaskan siri telefon pintar mercu tersebut bakal dilancarkan di Paris pada tahun hadapan.

Difahamkan ia bakal dilancarkan sekitar bulan Mac – menyamai tarikh pelancaran model berspesifikasi tinggi (Siri P) sebelum ini.

Dalam temubual tersebut, Yu tidak secara terang-terangan mengatakan siri P40 tidak akan menggunakan aplikasi Perkhidmatan Google, namun berkata telefon pintar itu akan dilengkapi dengan Perkhidmatan Mudah Alih Huawei (Huawei Mobile Services) sebagai pengganti Google. P40 kelak masih berfungsi dalam platform Android 10 – hanya tidak mempunyai aplikasi-aplikasi Google sahaja.

Namun, pengguna-pengguna telefon pintar Huawei sedar tanpa Google, banyak aplikasi-aplikasi utama seperti Gmail, YouTube, Maps tidak dapat digunakan kerana tiada lagi akses kepada Google Play Store.

Perkhidmatan Google sudah tidak boleh didapati dalam semua peralatan elektronik Huawei sejak sekatan dagangan yang dikenakan Amerika Mac lalu.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!