Huawei Tawar Program Baik Pulih Bermula Pada Harga Serendah RM69 Verst E-Com );

Type to search

E-Com Tech

Huawei Tawar Program Baik Pulih Bermula Pada Harga Serendah RM69

Share

Kebanyakan dari kita pasti akan mengalami kerosakan peranti dan perkara ini amat tidak diingini berlaku kerana kos baik pulih selalunya agak tinggi.

Bermula 12 Ogos hingga 1 Oktober ini, Huawei Malaysia memperkenalkan program baik pulih peranti pada harga serendah RM69.

Kos menggantikan panel belakang peranti bermula dari RM69 dan kos menggantikan papan induk pula bermula dari RM159. Kos menggantikan skrin adalah bermula dari RM99.

Caj serendah RM9 dikenakan oleh Huawei bagi gantikan panel belakang peranti setiap gantian skrin LCD dan papan induk.

Kesemua komponen yang digantikan ini bakal menerima jaminan selama 90 hari. Peranti yang boleh menerima gantian komponen pada harga istimewa ini termasuk dari siri P, Mate, Nova, Y, Honor dan tablet MediaPad.

Layari laman sesawang Huawei Malaysia bagi melihat senarai penuh peranti.

Sumber: Huawei Malaysia
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!