Ini Lokasi Awal Penggunaan TNG RFID di PLUS Expressway dari 1 Januari 2020 Verst

Type to search

E-Com Tech

Ini Lokasi Awal Penggunaan TNG RFID di PLUS Expressway dari 1 Januari 2020

Share

Ini Lokasi Awal Penggunaan TNG RFID di PLUS Expressway dari 1 Januari 2020

CIMB dan PLUS telah mengumumkan bahawa mereka menawarkan pelbagai pilihan pembayaran tanpa tunai untuk pengguna lebuh raya mulai tahun hadapan.

Sistem pembayaran terbuka akan dilakukan melalui TNG RFID dan ia boleh didapati di semua plaza tol sistem terbuka di lebuh raya PLUS pada hari pertama 2020.

Sistem RFID yang akan dilaksanakan di plaza tol sistem terbuka mulai 1 Januari 2020:

1.Kempas (NSE)
2.Perling (Linkedua)
3.Lima Kedai (Linkedua)
4.Tanjung Kupang (Linkedua)
5.Mambau (SPDH)
6.Lukut (SPDH)
7.Jambatan Pulau Pinang
8.Lunas (BKE)
9.Kubang Semang (BKE)
10.Jitra (NSE)

Bagi baki 83 plaza tol sistem tertutup di lebuh raya PLUS, RFID akan mula beroperasi mulai 1 April 2020.

Pengguna RFID sedia ada boleh melalui laluan RFID sebaik sahaja ia tersedia.

Hanya pastikan anda mempunyai baki eWallet yang mencukupi atau aktifkan auto-reload untuk membolehkan penambahan dilakukan secara automatik tanpa caj tambahan.

Kenderaan yang menggunakan sistem tol terbuka akan membayar caj tol apabila mereka melalui beberapa bahagian seksyen di lebuh raya.

Manakala untuk pengguna sistem tertutup, caj akan dikira berdasarkan pintu masuk dan keluar, seperti yang biasa anda lakukan di Lebuhraya Utara-Selatan.

Sebagai tambahan kepada Touch ‘n Go eWallet, PLUS akan membolehkan pengguna membayar caj tol mereka melalui akaun bank, kad kredit atau kad debit pilihan mereka.

Buat masa ini hanya aplikasi Touch ‘n Go adalah satu-satunya eWallet yang digunapakai buat masa ini.

Bagi mereka yang memilih untuk menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG, PLUS menyatakan sistem ini masih disokong dan tidak akan berlaku gangguan apabila RFID dilancarkan tahun depan.

Sementara itu, ciri PayDirect hanya akan disokong oleh lebuh raya PLUS menjelang pertengahan tahun 2020.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!