Inisiatif KKMM Bendung Penipuan Dalam Talian Verst E-Com );

Type to search

E-Com Review

Inisiatif KKMM Bendung Penipuan Dalam Talian

Share

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang giat memperhalusi usaha kerjasama dengan syarikat swasta di negara ini bagi menangani sebarang penipuan dalam urusan transaksi pembelian dalam talian.

Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata buat masa ini, kementerian sedang berbincang dengan beberapa buah syarikat pembekal perlindungan data peribadi tempatan bagi merealisasikan kerjasama dengan memperkenalkan kaedah perkhidmatan ‘fee payment gateway’ bagi urusan pembelian atas talian.

“Perkhidmatan yang berkemungkinan akan dikenakan sedikit caj bayaran, contohnya melalui pembelian dalam talian sebanyak RM1,000, namun bayaran yang dikenakan mungkin dalam lingkungan 0.02 peratus atau 20 sen sahaja,” katanya.

Menurut beliau, jika perkara itu direalisasikan, syarikat swasta terlibat akan menyediakan perkhidmatan keselamatan siber yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan tinggi bagi tujuan melindungi data peribadi pengguna.

Langkah kerjasama ini dilihat mampu mengekang kes penipuan secara dalam talian di samping dapat mengawal sebarang pencerobohan data dan maklumat peribadi pengguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, katanya.

Mengulas lanjut, Zahidi berkata, penggunaan internet dalam kalangan rakyat Malaysia kini mencapai angka 26.69 juta pengguna.

“Peningkatan penggunaan internet dalam kalangan rakyat telah menunjukkan peningkatan sebanyak 3.1 juta berbanding 2019 iaitu 23.59 juta orang,” katanya menambah penggunaan internet dalam kalangan pengguna meningkat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kerajaan juga sedang meningkatkan inisiatif dalam meningkatkan jurang digital antara dan bandar dan luar bandar dengan menaik taraf perkhidmatan jalur lebar seperti 5G,” katanya.

Sumber: BERNAMA
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!