Instagram Bakal Bangunkan ciri 'IG Stories' Berbayar & Eksklusif? );

Type to search

Apps E-Com

Instagram Bakal Bangunkan ciri ‘IG Stories’ Berbayar & Eksklusif?

Share
instagram

Instagram bakal bangunkan ciri IG Stories berbayar seperti Super Follow Twitter yang membolehkan penggunanya cipta content esklusif untuk pengikut dan peminat mereka.

Sedia maklum, Instagram Stories membolehkan pengguna berkongsi kandungan dalam bentuk gambar, video, atau teks yang akan hilang selepas 24 jam dipaparkan.

Menerusi prototaip yang dipaparkan, akses ekslusif ini akan datang dengan pembayaran langganan jika ingin menontonnya.

Prototaip ini bagaimanapun belum diuji lagi secara terbuka dan syarikat itu enggan berkongsi butiran khusus mengenai pembangunan ciri baru ini.

IG Story
Gambar ©Alessandro Paluzzi.
IG Story
Gambar ©Alessandro Paluzzi.

Seperti yang dilihat pada hambar di atas, tangkap layar (screenshot) juga tidak dapat dibuat pada IG Stories berbayar yang menunjukkan content yang dipaparkan itu bersifat ekslusif.

Jadi, anda sanggup untuk buat pembayaran semata-mata melihat IG Stories seseorang?

[Sumber: Tech Crunch]

Baca lagi: Instagram Benarkan Pengguna Sekat Pesanan DM yang Tidak Diingini

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!