Instagram Benarkan Pengguna Sekat Pesanan Tidak Diingini

Type to search

Apps E-Com

Instagram Benarkan Pengguna Sekat Pesanan DM yang Tidak Diingini

Share
Instagram

Setelah beberapa kali menerima aduan dan cadangan, akhirnya laman sosial Instagram tampil dengan fungsi baharu yang membolehkan pengguna menyekat segala pesanan mesej berbaur negatif.

Pengguna laman sosial Instagram terutamanya kaum wanita pastinya menarik lafas lega apabila mendengar berita ini kerana rata-rata daripadanya pernah melalui pengalaman buruk.

Seringkali kita terdengar berita wanita diganggu secara seksual mahupun diugut atas dasar keganasan dan salah laku dalam talian yang menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan jiwa dan mental.

Kini pengguna dapat menapis segala pesanan mesej yang tidak diingini dengan mengubah tetapan pada bahagian setting aplikasi berkenaan.

Instagram

Menurut laman rasmi Instagram, pengguna boleh memuat naik senarai perkataan, frasa ataupun emoji yang ingin ditapis bagi membolehkan Instagram membuat tapisan ayat secara automatik.

Seperti yang dijelaskan, kebanyakan mesej yang berbaur negatif diterima daripada DM request yang rata-ratanya tidak diketahui identitinya oleh si pengguna. Maka dengan itu, fungsi baharu ini membolehkan DM request mereka disekat secara langsung oleh Instagram.

Fungsi ini akan dilancarkan ke beberapa buah negara dan seterusnya akan berkembang ke lebih banyak negara dalam beberapa bulan yang akan datang.

Harap-harap selepas ini tiada lagi lah kes keganasan ataupun kiriman pesanan lucah yang diterima kaum wanita di luar sana… kalau ada jugak, alamatnya jadi anti media social la mereka selepas ini.

 

Sumber berita: gadgetbridge.com

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!