Instagram Top 9: Berhati-Hati Ketika Memuat Turun Aplikasi "Best Nine" );

Type to search

Apps E-Com

Instagram Top 9: Berhati-Hati Ketika Memuat Turun Aplikasi “Best Nine”

Avatar
Share

Menjelang menyambut tahun baru 2021 sudah semestinya ramai yang berminat untuk membuat memori mereka bersama aplikasi Instagram. Apatah lagi dengan munculnya aplikasi “Best Nine” yang mengumpulkan sembilan gambar terbaik 2020.

Walau bagaimanapun, anda semua dinasihatkan untuk berhati-hati agar akaun Instagram anda tidak digodam atau dipadam secara tiba-tiba.

BetaLabs merupakan organisasi yang bertanggungjawab mencipta Top 9 yang telah wujud semenjak tahun 2016. Ia memberi sebuah kepuasan kepada pengguna di mana mereka dapat melihat sembilan gambar terbaik mereka untuk tahun-tahun tersebut.

high angle photo of person holding turned on smartphone with tall buildings background

Namun bagi tahun ini, terdapat sedikit perubahan sedikit di mana anda bukan sahaja perlu melayari laman web topnine.co tetapi anda juga perlu diiringi bersama aplikasi Google Play atau Apps Store.

BetaLabs juga telah melancarkan tools baharu iaitu CreaterKit. Tools ini menawarkan pelbagai kemudahan untuk anda membuat collage Top 9 Instagram anda.

Ianya dicipta bagi memudahkan para pengguna Instagram kerana kini terlampau banyak aplikasi palsu yang digunakan untuk menggodam akaun Instagram anda.

Menurut BetaLabs terdapat satu kes dimana pengguna aplikasi Best Nine palsu hampir tertipu. Keadaan tersebut melibatkan anda untuk memasukkan maklumat Instagram anda tetapi anda tidak dapat melihat alamat web tersebut.

– Contoh jika aplikasi atau laman web itu selamat anda boleh melihat alamat web tersebut –

Jadi jika anda melihat aplikasi atau laman web tersebut sedikit mencurigakan, sebolehnya jauhi dan tidak mengisi apa-apa maklumat peribadi anda. Dikhuatiri mereka dapat mengakses akaun anda dan menggodamnya.

[Sumber: Express]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!