iPad Pro (2021) Dilancarkan Sekitar April. Apa Yang Menarik? );

Type to search

E-Com Gajet Tech

iPad Pro (2021) Dilancarkan Sekitar April. Apa Yang Menarik?

Share
2021

iPad Pro (2021) masih muncul dalam reka bentuk yang sama tapi display yang berbeza. Mesti korang excited nak tahu kelainan apa pula Apple buat kali ini!

Rata-rata pengikut tegar teknologi terkini sudah tahu biasanya Apple pernah memilih bulan Januari, Mac, Jun, September, November dan Oktober untuk Apple Event. Namun, berikutan Apple Event bagi pelancaran iPad Pro (2021) yang sepatutnya dilakukan pada Mac telah ditunda ke April tahun ini.

Ramai yang nak tahu penambahbaikan yang Apple telah buat dalam produk terbaru mereka. Jom kita tengok!

2021

iPad Pro (2021)

Menurut Macotakara, iPad Pro terbaru Apple mempunyai reka bentuk yang tidak asing lagi iaitu 11-inci dan 12.9 inci. Namun dinaiktaraf dengan pemproses teratas, A14X Bionic, setanding cip M1 yang terdapat di MacBook Airs, Pros dan Mac Mini Apple terbaru. Terbaiklah!

Paparan iPad Pro (2021)

Sebelumnya, Apple mengatakan produk tablet mereka yang baru semuanya akan menggunakan paparan Mini LED termasuklah dengan iPad Pro (2021). Skrin ini dilengkapi dengan nisbah kontras yang lebih tinggi. Maksudnya, anda dapat lihat warna hitam akan menjadi lebih deep atau gelap dan warna putih pula menjadi secerah-cerahnya. Lebih menarik lagi, Mini LED ini hanya ekslusif pada paparan besar iaitu iPad Pro 12.9 inci je tau! Bagi 11 inci, masih kekal menggunakan LCD buat masa ini.

2021

Hardware dan Software

iPadOS 14 digunakan dalam iPad Pro tahun ini bagi memperkenalkan bar sisi dalam aplikasi untuk pengguna menyeret dan melepaskan fail dengan lebih mudah, sama seperti yang terdapat di iOS 14 dalam iPhone korang.

Sehingga sekarang Apple masih belum hebahkan harga sebenar iPad Pro (2021) jadi masih ada masa lagi untuk menyimpan wang! hehehe

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!